no comments

Apabila Gadis Ayu Dari Sarawak Ini Baiki Sofa Buruk Ibunya. Hasilnya Amat Menakjubkan!

Anda adalah seorang yang beruntung jika memiliki kawan atau ahli keluarga yang kreatif.

Apabila seseorang kreatif semua benda yang asalnya buruk dan tidak cantik boleh dibetulkan sehingga menjadi cantik dan menarik.

Itulah ajaibnya manusia yang bergelar seorang yang “kreatif”. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari orang yang kreatif.

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu dari Sarawak ini. Anak gadisnya iaituĀ Ainna Abu Bakar Abdullah yang merupakan seorang guru KAFA telah membuat kejutan apabila membaiki sofa buruk dirumahnya sehingga menjadi baru.

Ianya seakan-akan sesuatu yang mustahil, barang yang buruk boleh menjadi baru. Akan tetapi dengan kreativiti anak gadis ini, dia berjaya buktikan sofa ibunya yang buruk itu boleh dibaiki menjadi seperti baru.

Ainna telah memuatnaik sebuah video berdurasi 4:22 minit di laman Facebook miliknya yang menunjukkan dia sedang memperbaiki sofa milik ibunya yang ternyata menjimatkan kos dan hasilnya amat menakjubkan. Seperti sofa baru!

Rakaman video itu telah mendapat perhatian ramai netizen melihat kemahiran yang ada padanya. Bukan senang nak baiki sofa tu sampai nampak macam baru. Hanya orang yang kreatif sahaja mampu lakukan perkara ini.

Rasanya, jika ada peluang bolehlah nantiĀ Ainna membuka kedai perabot “custom made” sendiri.

Reply