no comments

Datuk Muhammad Ibrahim Diumum GABENOR BARU Bank Negara

Gabenor Bank Negara Malaysia Baru.png

Datuk Muhammad Ibrahim Diumum GABENOR BARU Bank Negara

Timbalan Gabenor, Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara (BNM) baru yang kelapan, bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk tempoh lima tahun, bermula 1 Mei ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataannya hari ini. Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan itu.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan memberi nasihat dan pandangan, bagi memacu perkembangan ekonomi negara serta mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara.

“Ia termasuk meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” demikian menurut kenyataan itu.

 

Pemegang ijazah Sarjana dari Universiti Harvard itu mula menyertai BNM pada 1984 dan pernah berkhidmat dalam bidang kawal selia bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir dan pasaran kewangan, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Gabenor BNM pada 2010.

Pada masa yang sama, Najib turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Zeti atas segala sumbangan beliau sebagai gabenor Bank Negara ketujuh.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Dr Zeti di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor Bank Negara yang ketujuh,” katanya.

Zeti yang dilantik sebagai Gabenor BNM pada Mei 2000, bakal menamatkan perkhidmatannya pada 30 April ini.

Reply