Foto Sambutan Hari Raya Terakhir Tunku Jalil
Sungguh kagum melihat telatah keluarga Diraja Sultan Johor yang telah meluangkan masa beraya di Kuala Kangsar Perak baru-baru ini.
Foto-foto tersebut dirakam ketika sambutan hari raya tahun ini yang juga inilah sambutan hari raya terakhir buat Tunku Jalil.
Berdasarkan entri yang dikongsikan menerusi laman Facebook Kesultanan Johor mendapati, Anakanda Sultan Johor telah berjumpa dan beraya bersama dengan sanak saudara sebelah bondanya, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Tunku Idris, Tunku Aminah, Tunku Jalil dan Tunku Abdul Rahman kelihatan sungguh gembira dan seronok sekali dapat bertemu sepupu-sepupunya yang kemungkinan sudah lama tidak bertemu.
Dalam pada itu, keluarga diraja ini juga telah singgah di sebuah kopitam di pekan Kuala Kangsar tanpa sebarang protokol.
Mereka mengabungkan lebih 3 buah meja untuk duduk bersama dan berbual mesra sambil menjamu selera.
Sikap sederhana keluarga Diraja ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai di sekitar Kopitiam itu malah mendapat reaksi positif di laman sosial.
Berikut adalah foto-foto keluarga Diraja ini yang meraikan Aidilfitri secara sederhana dan bersahaja.