no comments

HENTI SEBAR FITNAH…!!! Berita Kapten TRW, PIYA Meninggal Dunia PALSU..!!!

34.jpg

HENTI SEBAR FITNAH…!!! Berita Kapten TRW, PIYA Meninggal Dunia Adalah PALSU..!!!

Kapten The red Warrior, Mohd Badhri Mohd Radzi menafikan khabar angin di laman sosial Facebook berhubung kematiannya selepas terbabit dalam kemalangan di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Badhri atau lebih dikenali dengan panggilan Piya ternyata terkejut selepas dihubungi rakan baiknya, Izuan Shah Noordin, 33, memaklumkan berita berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

“Saya sangat terkejut selepas dimaklumkan bahawa saya terbabit dalam kemalangan sedangkan sepanjang hari saya hanya tidur di rumah. “Saya nafikan perkara itu dan minta peminat tidak percaya mudah viral berkenaan,”

Viral berhubung kematian ketua pasukan bola sepak Kelantan mula tersebar di Facebook pada tengah hari tadi.

45.png 12.jpg

Berita palsu tersebut turut disangkal melalui akaun rasmi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang menyiarkan foto lawatan pegawai media KAFA, Badri Omar ke rumah pemain tengah pasukan itu.

4.jpg

3.jpg

Piya dikenali sebagai salah seorang arkitek kebangkitan pasukan Kelantan dalam arena bola sepak.

Antara detik gemilang yang paling dikenang peminat ialah gol jaringan Piya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 yang menyaksikan The Red Warriors membawa pulang piala tersebut ke Kelantan buat kali pertama sejak 89 tahun.

Reply