no comments

Filem Terbaharu Shah Rukh Khan Bakal Dipulau?

Filem Terbaharu Shah Rukh Khan Bakal Dipulau.jpg

MUMBAI: Filem terbaharu Shah Rukh Khan yang dinanti ramai, Dilwale, berdepan risiko dipulau berikutan dakwaan aktor itu tidak menghiraukan nasib petani yang ditimpa bencana kemarau.

Filem yang menyaksikan gandingan pelakon itu pasangan serasinya di layar perak, Kajol, akan mula ditayangkan pada 18 Disember ini.

Amey Khopkar, Ketua Chitrapat Karmachari Sena yang bersekutu dengan parti Maharashtra Navnirman Sena (MNS), berkata petani di negeri Maharashtra terutama di wilayah Marathwada, terjejas teruk akibat kemarau.

“Shah Rukh Khan yang menetap di negeri ini dan mempunyai banyak wang, tidak membantu petani yang tertekan.

“Ketika bantuannya diperlukan, beliau tiada,” katanya.

Ditanya sama ada MNS akan mengharamkan tayangan filem itu di negeri berkenaan, beliau berkata, mereka tidak bercadang berbuat demikian sebaliknya menggesa orang ramai memulaukan filem itu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close