no comments

Fenomena Menakutkan, Banyak Kedai Terpaksa Ditutup Kerana Tiada Orang Mahu Bekerja

Situasi ekonomi yang semakin merudum kebelakangan ini akibat dari kesan ekonomi global di samping tempias covid-19. Kesan daripada banyak perniagaan yang terpaksa ditutup, tidak kurang juga ramai yang telah dibuang kerja.

Masa ramailah yang berebut mencari pekerjaan dalam ketiadaan penawaran yang mencukupi. Kerana desakan komitmen dan keluarga yang perlu ditanggung, ramai juga yang tidak boleh lagi memilih kerja, ada sahaja peluang kerja, terus bekerja kerana terpaksa.

Walaupun ramai yang mencari peluang pekerjaan, kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini, berlaku penurunan yang ketara dalam industri Food and Beverage (F&B). Banyak kedai-kedai makan seperti restoran mengalami masalah kekurangan pekerja. Pengalaman anda sendiri juga mungkin pernah alami keadaan seperti ini, bila makanan lewat sampai kerana tiada pekerja yang mengambil order.

Situasi ketandusan pekerja ini turut berlaku di kedai-kedai runcit dan pasaraya.

Satu rakaman video berkongsi mengapa kedai runcit tiada bekerja dan ramai yang tidak mahu bekerja.

Satu perkongsian menerusi video tiktok yang menggunakan nama @mruh20 telah memuat naik satu video dan berkongsi realiti keadaan sebuah kedai runcit yang ketiadaan pekerja.

Memerhatikan dari jauh kedai runcit berkenaan, kelihatan semua stok barang tersedia seperti biasa seperti snek, aiskrim, dan barang-barang runcit yang lain. Namun yang menghairankan, kedai runcit tersebut terus bergelap dan tiada pekerja yang mengoperasikan kedai runcit itu.

Daripada rakaman ini jelas menunjukkan, kedai runcit berkenaan ketiadaan pekerja dan sedang membuka jawatan kosong.

Video berkenaan telah mendapat respon ramai netizen yang mungkin berkongsi realiti bekerja dalam sektor ini.

Kebanyakan netizen memberikan pandangan yang ada benarnya mengapa ramai yang tidak mahu bekerja dalam sektor retail ini.

Cuba bagi basic 2k, semua berebut

working hour sangat panjang sampai takde life, gaji 1500, da potong epf tinggal 1200, agak agak cukup ke nak hidup kat KL

Cuba tengok uniqlo, gaji diorang tinggi,berebut budak budak bekerja dekat situ walaupun workload banyak giler.

nak kerja lebih ,tapi rate gaji masih 1350, lagi lagi f&b penat, kerja kilang berdiri 12 jam tapi berbaloi sikit.

ayat majikan, nak berhenti berhentila, ramai lagi nak kerja, angkuhnya jawapan.

mana taknya, sikit sikit duit cashier tak cukup, disalahkan pekerja, ot tak berbayar, buat semua kerja, rehat xde time yang tetap, hadap customer

waktu bekerja terlampau lama,tiada kehidupan di luar, cuti susah, gaji alhamdulilah la kena dengan kerja, tapi duit banyak tapi masa takde pon takde guna.

aku keje 9-6 gaji RM900, aku tak memilih, main masuk je janji ada duit,then boss minta keje dari 8 pagi hingga 10 malam,aku cakap ok, gaji naik x? dia cakap x..

Dapat kita lihat disini, walaupun situasi ekonomi kita tidak berapa baik, namun krisis pemilihan pekerjaan tetap juga berlaku kerana faktor beban kerja yang ditanggung. Maka tidak hairanlah kenapa hari ini dalam industri F&B dan retail juga turut dibanjiri pekerja asing yang menjaga dibahagian kaunter.

Keadaan ini harus diambil oleh pihak bertanggungjawab samada kerajaan atau majikan untuk menarik minat anak muda untuk bekerja dengan mereka. Selain isu gaji dan beban kerja, majikan juga harus mempunyai daya kepimpinan yang baik, semangat tersebut mampu memberikan motivasi kepada pekerja, yang bukan sekadar ingin bekerja, tetapi ingin menimba ilmu dan pembinaan pembangunan diri.

Reply