Sugu Pavithra adalah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia apabila pasangan Youtuber ini mencipta sensasi di internet dengan menghasilkan video resepi masakan serta berbahasa Melayu. Walaupun Sugu Pavithra berbangsa India namun tidak langsung pelat apabila bercakap menggunakan bahasa Melayu di dalam Channel Youtubenya.
Tidak hairanlah jika ramai yang menyebut-nyebut namanya di media sosial. Paling mengejutkan Perdana Menteri Malaysia, YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN juga pernah memetik namanya ketika ucapan secara langsung di televisyen tempoh hari.
Namun, disebalik populariti Youtuber dari Malaysia ini, ada satu kisah yang agak menarik iaitu Sugu Pavithra sangat meminati pelakon dari Malaysia iaitu Fasha Sandha.
Perk0ngsian Y0uTuber sens4si Sugu Pavithra di sebuah portal lifestyle Pep4tung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya iaitu pelak0n Fasha Sandha menarik perhatian umum.
