no comments

Faceb00k LIVE, ‘Lubuk Rezeki’ Luar Biasa Eira Aziera

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah pɛrumpamaan yang sesuai digunakan untuk seorang anak jadi Kedah ini iaitu Eira Aziera.

Pada awalnya sudah 100 perniagaan yang diceburi oleh Eira Aziera namun semuanya tidak menjadi. Dia diuji dengan tanpa satu sen pun simpanan di dalam akaunnya.

Semasa dia susah tiada siapa yang ingin membantunya dan memberikannya walau RM50 sekalipun.

Tetapi berkat usaha tanpa pernah berputus asa, akhirnya Eira Aziera menemui satu “lubuk” buat duit iaitu dengan membuat faceb00k live.

Kini, dengan hanya membuat live di akaun faceb00k miliknya, dia telah berjaya menjana pendapatan lumayan. Dengan faceb00k live juga dijadikan sebagai perniagaan “lubuk rezeki” yang luar biasa baginya.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh laman Maukerja Malaysia, Eira Aziera berkata, “Tapi kalau cakap apa yang padu…berlandaskan benda yang betul.. Insyaallah kita punya tontonan ranking kita naik”.

Tambahnya lagi, “Sampai sekarang i viral sampai 400,000 follower i”. Itulah sedikit kata-kata yang dikongsikan di dalam video dari Eira Aziera.

Kata Eira Aziera, “Sepanjang Eira buat live, Eira tak pernah pun simpan di dalam hati kata-kata orang…orang tak suka kita orang kata depan-depan..kau tak nampak susah senang aku..kau tak nampak jatuh bangun aku…kau cuma nampak yang sekarang ini..mewah aku dikatakan riak…tetapi kau tidak tahu disebalik itu..aku dah sakit dengan hidup susah..”

“Untuk kita jadi jutawan, tak semestinya kita kena ada ijazah, apa yang boleh buat kita jadi jutawan adalah kerajinan” tambah Eira lagi.

Untuk melihat video penuh tentang apa yang Eira Aziera sampaikan anda boleh tonton video penuh di bawah ini.

Semoga dengan video yang disampaikan oleh Eira Aziera ini boleh dijadikan inspirasi buat semua orang. Ingat, sekali jatuh tidak semestinya anda akan jatuh berkali-kali. Jika jatuh bangunlah dan teruskan perjalanan kerana di depan itu pasti anda akan temui kejayaan.

Usaha usaha dan usaha, itulah kunci kejayaan buat kita semua. Jangan mudah untuk berputus asa.

Jika merasakan artikel ini baik untuk semua, jemput untuk anda kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sekarang.

Reply