EPISOD AKHIR SIRI KARTUN DORAEMON YANG MASIH RAMAI TIDAK TAHU
Episod Akhir Siri Kartun Doraemon Yang Masih Ramai Tidak Tahu
Siri kartun Doraemon ini julung kalinya muncul pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak.
Siri kartun ini mengisahkan sebuah robot bernama Doraemon yang dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan yang bakal terjadi di masa depan yang disebabkan oleh kebodohan Nobita.
Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tent? mush (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid.
Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Setiap Hari Sabtu pasti akan terpacak di depan TV bagi yang amat meminati siri kartun Doraemon ini. Sungguh nostalgia.
Bagaimanapun masih ramai tidak mengetahui pengakhiran siri kartun Doraemon.
Jom saksikan persembahan episod akhir Doraemon yang sangat menyedihkan dan terharu ini. Biarpun ini hanyalah kartun tetapi cukup memainkan perasaan bagi sesiapa yang menontonnya.