no comments

Ebit Lew Dikɛcam Penyokong Sebuah Parti Kerana Bergambar Dengan “Super Ring”

Umum mengetahui selain melakukan aktiviti kebajikan, Ustaz Ebit Lew juga adalah seorang usahawan berjaya. Selain membuka restoran, kilang, butik, beliau juga turut aktif membuka beberapa cawangan pasaraya yang menjual barangan keperluan dengan harga murah.

ElewsMart adalah satu jenama baru pasaraya yang dibangunkan oleh pendakwah terkenal ini. Jadi, tidak hairanlah jika beliau turut mempromosikan perniagaanya itu di laman sosial.

Terbaru, oleh kerana sekeping gambar Ustaz Ebit Lew ini beliau dikɛcam teruk di media sosial. Semuanya bermula apabila Ebit Lew bergambar bersama snek kegemaran Malaysia, Super Ring.

Jumaat lalu, Ebit Lew hanya memaklumkan mengenai pembukaan cawangan baharu pasaraya ElewsMart di Cheras dan Cyberjaya di laman Facebooknya. Namun, lain pula jadinya apabila ada segelintir penyokong fanat!k sebuah parti politik mengɛcam gambar yang dimuatnaik oleh beliau itu.

ebit lew mart

Beberapa orang penyokong sebuah parti itu kemudiannya mɛmbidas tindakan tersebut kerana disifatkan sebagai mɛnyindir Setiausaha Agung parti mereka yang didakwa atas kɛsalahan r4suah.

Tinjauan mendapati, muatnaik tersebut kemudiannya dih4puskan oleh pengendali laman Facebook Ebit Liew bagi mengɛlakkan sebarang salah faham.

Sebagai rek0d, pasaraya ElewsMart menawarkan barangan dengan harga murah, merupakan sebahagian daripada usahanya untuk membantu orang susah di negara ini.

Seharusnya penyokong fanatik parti politik tidak perlu menyerang Ustaz Ebit Lew kerana beliau bukanlah ahli politik. Beliau hanya seorang pendakwah dan banyak melakukan kerja-kerja kebajikan bagi membantu orang yang susah di negara ini.

Diharap supaya Ustaz Ebit Lew tabah menghadapi kecaman ini. Kami dibelakang Ustaz dan teruskan usaha murni untuk seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama atau bangsa. Kita jaga kita.

Reply