no comments

Dulu Popular, Akhirnya Uji Rashid Dedah Punca Cico Sakit Angkara Kawan Sendiri

3 tahun terpaksa menyimpan kisah benar, Penyanyi yang popular di zaman 70-an Uji Rashid akhir membuat pendedahan mengejutkan berkenaan anaknya Cico.

Ini kerana terlalu banyak cerita pelbagai versi yang menceritakan tentang anaknya itu. Risau terus ditabur cerita-cerita palsu, akhirnya Uji Rashid memaklumkan anaknya itu telah dirἀcun rakan sendiri ketika berada dalam majlis sambutan hari jadi rakannya.

Kata Uji ” sebenarnya Cico bukanlah disihir , tetapi dirἀcun oleh rakannya sendiri, dari sumber doktor, rἀcun yang diberikan adalah bercampur-campur ,ianya terdiri dari beberapa jenis yang diletakkan dalam minumannya.

Jika diikutkan, rἀcun itu boleh membun0h dalam masa empat jam sahaja, namun dengan kuasa Allah, Cico selamat ,dia masih dikurniakan umur yang panjang. Kongsi Uji dalam pendedahan eksklusif rancangan bual bicara Telekung Talk.

Rancangan itu dikongsikan secara langsung menerusi facebook live Prof Dr Muhaya Mohamad.

Tambah Uji lagi, selepas Cico dirἀcun ,Cico ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang bantuan semasa dalam majlis sambutan hari jadi rakannya.

“saya masih ingat lagi, Cico muntah muntah, mukanya dipenuhi darah, dia terlantar sakit berhari-hari,saya hanya mampu berserah kepada Allah sahaja pada masa tu”

“sehinggalah pada suatu hari, Cico bangun dari tidurnya ,dia hanya diam apabila ditanya. Sedihnya,dia tidak kenal saya ibunya dan anaknya sendiri”

“selepas diuji sakit yang lama, alhamdulilah kini Cico semakin pulih walaupun kini dia tidak mampu bertutur dengan baik, dia juga tidak boleh membaca dan menulis dengan baik” Menurut Uji Rashid , rἀcun tersebut turut memberi kesan kepada otak dan kotak suara Cico.

Sebelum ini pelbagai cerita tidak benar berkongsi tentang penyakit Cico. Ada juga yang mengatakan Cico terkena penyakit misteri dan disihir. Prof Muhaya yang mendengar perkongsian Uji turut sebak ,serta menasihati penonton supaya sentiasa positif mengharungi ujian hidup.

Program Telekung Talk itu turut diacarakan oleh Abu Talib Husin yang telah bermula sejak 3 tahun yang lalu. Antara selebriti popular yang telah dijemput termasuk Lisa Surihani , Neelofa dan Fazura.

Selepas pendedahan ini, diharapkan tiada lagi yang mereka-reka cerita tidak benar berkenaan Cico. Marilah kita doakan supaya Cico segera pulih seperti dulu dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Doakan juga supaya Uji Rashid terus sihat dan tabah menghadapi ujian ini dan syukur kerana berjaya harunginya setakat ini.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close