Siapa Sangka, Doktor Khairul Idzwan Rupanya Bekas Vokalis Kumpulan Saujana! Kini Berubah 100%!
Lagu-lagu nasyid pada era-90an dulu, pernah menjadi pilihan ramai dan mencetuskan fenomena sehingga muncul banyak kumpulan nasyid baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Antara yang menjadi kegemaran ramai adalah kumpulan nasyid ‘Saujana’.
Hampir kesemua penyanyi nasyid kumpulan Saujana terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang. Kumpulan ini yang pernah popular suatu ketika dulu tetapi senyap kini mungkin kerana anggota kumpulan ini yang sibuk dengan pelajaran dan kerjaya masing-masing.
Salah seorang anggota nasyid kumpulan ini iaitu Khairul Idzwan Baharin yang dikenali kini Dr Khairul Idzwan Baharin dengan penampilan yang amat berbeza sekali berbanding dengan imej nasyid dahulu.
Mungkin beliau ingin meniru jejak langkah Faizal Tahir dahulu yang sebelumnya adalah penyanyi nasyid kumpulan Nirwana, tetapi jika Faizal Tahir muncul dengan imej rock manakala Khairul Idzwan Baharin muncul dengan imej lebih lembut pula.
Transformasi perubahan penyanyi nasyid Saujana ini 100%! Bak kata Tegar, “aku yang dulu bukanlah yang sekarang.”
Dr Khairul Idzwan Baharin tak kekok dengan imejnya sekarang berbanding dengan imej dahulu yang sering berkopiah. Namun siapa sangka kini beliau merupakan seorang Doktor. Difahamkan beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pegawai eksekutif, syarikat Cell Tissue Technology.
Menerusi syarikat itu, Dr. Khairul berjaya membangunkan teknologi ciptaan kulit gantian yang membantu mereka yang mengalami kerosakan atau kecacatan kulit, memulakan kehidupan baru.
Antara lagu popular yang pernah dibawakannya bersama kumpulan Saujana adalah ‘Sepohon Kayu’ dan ‘Suci Sekeping Hati’.
Lagu-lagu nasyid kumpulan saujana ini banyak memberi kesedaran, dorongan dan motivasi sehingga kini walaupun sudah agak tenggelam.
Saujana ditubuhkan pada 16 April 1997 dan sehingga hari ini telah menerbitkan 8 buah album.