Doa Akhir Tahun & Awal Tahun 2024 Serta Amalan Sunat ( Maal Hijrah 1446 )
Pengenalan
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun memang merupakan amalan yang baik untuk menutup tahun dengan syukur dan memulakan tahun baru dengan permohonan keberkatan. Meskipun terdapat variasi dalam bacaan doa ini, namun ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.
Doa ini boleh dibaca secara individu atau berjemaah, sama ada di masjid, surau, tempat kerja, atau tempat lain. Amalan ini memperlihatkan keistimewaan untuk merenungi dan memohon keberkatan dari Allah SWT dalam peralihan antara tahun-tahun Hijriah.
Sebagai persediaan menyambut kedatangan Awal Muharam 1446H, mari kita mengakhiri tahun ini dengan membaca Doa Akhir Tahun ( 3kali ) sebelum waktu Maghrib atau selepas solat Asar pada 29 Zulhijjah 1445H yang bersamaan dengan 6 Julai 2024 (Sabtu).
Untuk memulakan tahun baru 1446H dengan baik, marilah kita membaca Doa Awal Tahun ( 3kali ) selepas waktu Maghrib pada 6 Julai 2024 (Sabtu).
Bacaan Doa akhir tahun di dalam rumi
Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu’alaa sayyididinaa muhammaadin wa’alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, All00humma maa’amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii’anhu falam atub minhu wa lam tardh0hu wa lam tansahṳ wa hamiltu ‘alayya ba’da qṳdr0tika ‘uquubati wa da’autanii ilattaubati minhu ba’da jiroo-atii ‘alaa ma’shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa’amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohṳmma yaa kariimṳ yaadzal jalaali wal ikr00mi antaq0bbalahu minnii walaa taqtho’ rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
Bacaan Doa awal tahun dalam bahasa rumi
Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa ‘alaa fadhlikal ‘adliimi wujuudikal mu’awwali wahaadza’aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal ‘ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal ‘auni ‘alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istigh00li bimaa yuq0rribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
Amalan Sunat yang perlu dilakukan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
4. Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
5. Qiamullai, Solat Sunat, Berzikir dan Membaca Al Quran