Dituduh Mɛrọgṏl Gᾶdis, Ayah Da’i Syed Bersuara Menjawab Segala Pertanyaan Tentang Anaknya Itu
Selepas tular tuduhan mengaibkan di media sosial tentang Da’i Syed, ayahnya tampil bersuara menerusi Facebook meminta semua individu yang pernah menjadi mᾶngsᾶ membuat lap0ran polis dan menegaskan tidak akan pertahankan atau menyebelahi anaknya itu.
Menurut Seif Jamalulail isu berkenaan sudah lama viral dan beliau sendiri menerima mesej bertalu-talu daripada mangsa yang mengadu kepadanya.
“Isu viral ini dah lama, hari ini makin jadi heboh pula, kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apa lagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah,” tulisnya.
Beliau turut menasihatkan semua individu yang pernah menghubungi dan mengaku telah menjadi mᾶngsᾶ anaknya itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mᾶngsᾶ), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya,”
“Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.” katanya.
Seif Jamalulail turut mendedahkan beliau telah cuba menasihatkan Dai Syed, namun sudah dua tahun segala mesej yang dihantar kepada anaknya itu tidak dipedulikan.
“Segala didikan telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun,”
“Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah (berhubung/bersosial) dengan dia supaya berhati-hati lah terutama pada wanita,” tulisnya.
Beliau turut menuliskan satu nasihat terbuka buat anaknya itu agar tidak menggunakan agama untuk menutup kesalahan.
“Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral janganlah kamu menggunakan agama untuk menutup kebejatan mu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke Jalan Allah dan jalan leluhur mu, kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu,” tulisnya.
Terdahulu, Da’i Syed membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Twitter atas tuduhan itu. Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada semalam.
Menurut da’i muda berusia 25 tahun itu, tuduhan itu berniat jahat dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang pendakwah.
“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.”
“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,” katanya.
Menganggap tuduhan dan fitnah yang dilemparkan itu merupakan satu dugaan dan ujian terbesar dalam usahanya menyampaikan dakwah, beliau berharap isu ini diselesaikan segera.
“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga.
“Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya.