Dipaksa Beli Naskah Yasin dan Dilabel Kafir, Tindakan Warga Asing Ini Tak Boleh Diterima
Sebut sahaja warga asing yang pelbagai bangsa di Malaysia, pasti ramai dalam kalangan anda yang ada pengalaman masing-masing. Antara yang paling ramai membanjiri bumi Malaysia adalah warga Bangladesh dan Rohingnya.
Negara Malaysia yang bermajoriti kaum Melayu sudah terkenal sebagai sebuah bangsa yang mementingkan adab dan budi bahasa tidak kira dimana sahaja anda berada. Namun tindakan warga asing ditempat awam ini jelas membuatkan rakyat Malaysia kurang senang hati.
Baru-baru ini tular di media sosial twitter tentang seorang Warga Rohingnya yang menegur seorang yang bernama Amir semasa berada ditempat awam.
Pada ketika itu, Amir telah ditegur oleh remaja Rohingya yang berumur sekitar `15 tahun dan dipaksa memegang satu naskah yasin yang berharga RM20. Amir berkongsi bahawa dia sedang dalam keadaan tidak berwuduk dan tidak boleh memegang naskah mulia tersebut.
Disebabkan Amir tidak menerima dan menolak untuk memegang, remaja Rohingnya tersebut telah bertindak mencarut , memaki dan melabelkan Amir sebagai kafir.
Berikut antara tangkap layar yang dikongsikan di twitter.
Amir yang kaya dengan budi bahasa bertindak untuk menghormatinya dan memilih untuk memegang naskah Yasin tersebut secara berlapik, tapi tidak membelinya. Amir kemudian memberinya semula kepada seorang lagi warga Rohingnya yang mungkin adik kepada remaja berkenaan.
Disebabkan tindakan Amir memulangkan semula Yasin itu, remaja Rohingnya mendesak semula dan bertindak memegang beg Amir menyebabkan Amir terpaksa memukul remaja berkenaan.
Amir mempertahankan tindakannya itu, beliau bertindak demikian bukan kerana sifat panas barannya, tetapi remaja Rohingnya tersebut sudah mɛngancam ketenteramanya. Bayangkan jika remaja berkenaan bertindak demikian kepada seorang perempuan, sudah pasti ianya adalah gangguan buat wanita yang menakutkan.
Kesan dari perkongsian itu di twitter, ramai yang telah memberikan respon terhadap posting berkenaan. Rata-rata ramai yang setuju dengan tindakan Amir kerana tindakan remaja berkenaan sangat melampau dan tidak beradab.
Jika orang tidak mahu beli, mana boleh dipaksa, itu bukan caranya. Banyak juga pengalaman orang lain yang dikongsi, sesetengah warga Rohingnya ini suka mendesak orang Malaysia memberikan mereka wang.
Ini antara perkongsian orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama berhadapan dengan warga Rohingnya ini.
Posting yang cukup meriah itu turut terbuka dengan perbincangan soal hukum memegang Yasin. Antaranya salah seorang netizen berkongsi , jika kita menyentuh Surah Yasin, kita diwajibkan berwuduk keran dianggap sebagai mushaf.
Jika terdapat terjemahan atau tafsir lebih banyak di dalam kandungan naskah berkenaan dan melebihi dari tulisan Surah Yasin, kita boleh menyentuhnya tanpa wuduk. Apa yang terbaik, kita disunatkan berwuduk sebelum memegangnya.
“Kalau full tulisan Surah Yasin, tak boleh sentuh tanpa wuduk. Dikira sebahagian mushaf. Wajib berwuduk”
“Kalau ada terjemahan atau tafsir sekali dan lebih banyak daripada tulisan surah Yasin,hukumnya harus sentuh tanpa wuduk”
“Sunat ambik wuduk sebelum pegang naskah itu.”
Daripada situasi yang berlaku ini, berhati-hatilah semasa kita berada di tempat awam. Pasti ada ancaman dari sesiapa sahaja jika kita tidak berwaspada ,tidak kira dalam imej yang baik atau mencurigakan. Walaupun berniat menjual peralatan agama, sekiranya mereka bertindak menggangu kita dan mɛngancam keselamatan, kita harus bertindak untuk melindungi diri kita.