no comments

Dikritik Hebat Selepas Lancar Tudung Di Tempat Maksiat, Ini Respon Neelofa Yang Sungguh Mengejutkan!

Pemilihan kelab malam ‘Zouk’ sebagai tempat pelancaran tudung terbaru Naelofar Hijab oleh Neelofa nyata menimbulkan kritikan hebat dan sungguh mengejutkan ramai.

Tindakan Neelofa itu dilihat memalukan imej seorang wanita Muslimah dan kesucian Islam itu sendiri. Dicemari lagi dengan muzik rancak berserta dengan tarian daripada hijabista.

Namun begitu, Neelofa memberikan respon dengan tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di kelab hiburan itu, malam tadi.

Neelofa berkata, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

 

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” katanya dalam temubual oleh BHarian.

Biarpun teruk dikecam dalam media sosial, Neelofa bersyukur segala dirancang lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media.

BHarian

Reply