no comments

Lelaki Difitnah Isteri Sendiri! Dituduh Mencabul Bayinya Tapi Terbukti Kesan Merah Rupanya Ruam!

Gara-gara terlalu cepat membuat andaian, seorang lelaki ditahan polis dan terpaksa menanggung malu apabila didakwa melakukan tindakan keji oleh isterinya sendiri.

Lelaki itu ditahan apabila disyaki mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan. Bagaimanapun telah dibebaskan selepas siasatan mendapati kesan kemerahan pada kemaluan bayi itu adalah hanya ruam sahaja.

Lelaki berusia 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu dibebaskan semalam sebaik tempoh reman selama empat hari untuk siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul berakhir.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan dijalankan di hospital mendapati kesan kemerahan pada kemaluan mangsa adalah ruam sahaja dan bukannya kesan dicabul seperti didakwa ibu mangsa berusia 28 tahun sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan pembebasan lelaki itu.

Katanya, lelaki tersebut dibebaskan sejurus pengesahan oleh pakar perubatan diterima yang mengesahkan tiada kesan cabul terhadap mangsa.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang buruh ditahan apabila disyaki mencabul bayi perempuannya yang berusia 12 bulan sehingga mendapat pelbagai cemurahan dan kejian netizen.

Bayi berkenaan dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu bapanya kerana pasangan tersebut dalam proses penceraian.

Andaian itu bermula selepas lelaki itu menghantar pulang anaknya ke rumah isterinya di Kampong Manir, Terengganu, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya.

Namun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.

Curiga terhadap perubahan itu, wanita terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.

BHarian, Sinar Online

Reply