DIDEDAHKAN!! Inilah Wajah Pemandu Ford Fiesta Yang Melanggar Lari Nissan Almera
DIDEDAHKAN!! Inilah Wajah Pemandu Ford Fiesta Yang Melanggar Lari Kereta Nissan Almera
Masih ingatkah anda dengan satu video yang memaparkan aksi seorang pemandu kereta jenis ‘Ford‘ memandu dalam keadaan berbahaya sebelum melanggar sebuah kereta di jalan menghala ke Rawang yang tular di Facebook awal bulan lalu?
Berdasarkan video, pemandu kereta jenis Ford berwarna biru itu dilihat memecut laju, menukar lorong secara melulu tanpa memberikan isyarat sebelum beberapa saat kemudian melanggar sebuah kereta jenis Nissan Almera yang berada di hadapannya.
Akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa berputar sebelum sekali lagi dilanggar pada bahagian depan mengakibatkan kenderaan itu remuk.
Sementara, kereta jenis Ford dipandu suspek dilihat bergeser dengan penghadang jalan, namun suspek tidak berhenti sebaliknya melarikan diri dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.
Kenderaan jenis Ford Fiesta dengan nombor pendaftaran BLU 4724 berwarna biru itu dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa India, Hariharen Annadurai, 23 tahun.
Menurut perkongsian di facebook miliknya, pemandu itu cuba menguji kelajuan kereta yang baru diubah suai di jalan raya.
Namun, Hariharen mengatakan kereta itu dipandu oleh sahabatnya dan telah dilanggar lari oleh pemandu lain ketika diletakkan berdekatan kediaman sahabatnya itu.
Bagaimanapun, pemandu berkenaan telahpun ditahan polis 4 mei lalu selepas menyerah diri di Balai Polis Rawang.
Tindakan itu dibuat selepas polis ke rumah suspek dan menasihati keluarganya supaya memaklumkan kepada lelaki itu untuk datang ke balai menyerah diri.
Kemalangan kira-kira jam 6.55 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan dipandu seorang jurual yang datang dari arah Kepong menghala ke Rawang.
Kemalangan hanya membabitkan kerosakan pada kenderaan dan tidak membabitkan kecederaan serius.
Suspek yang juga seorang penjawat awam ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.