no comments

Diana Danielle Akhirnya Bersuara Selepas Didakwa Selalu Dipukul Datuk Farid Kamil!

Datin Diana Danielle akhirnya bersuara di Instagramnya selepas bertindak mendiamkan diri beberapa hari sejurus kes penangkapan suaminya, Datuk Farid Kamil.

Diana menerusi kenyataan singkat berkata, dia memerlukan masa untuk memproses keadaan yang sedang berlaku sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya perlukan masa untuk proses keadaan sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Terima kasih kepada anda semua atas sokongan terhadap saya dan suami,” tulisnya.

Diana Danielle turut menegaskan suaminya, Datuk Farid Kamil tidak pernah sesekali mengasarinya dan akan tetap menyokong lelaki itu dalam apa juga situasi dilalui.

Suami saya tidak pernah walaupun sekali mengasari. Saya akan menyokongnya dan kami akan berusaha memperbaiki apa yang perlu dan menguatkan lagi ikatan sedia ada.

“Pada ketika ini, saya memilih tidak memberi sebarang kenyataan untuk tidak mengeruhkan lagi kemelut sedia ada,” katanya dalam catatan itu.

Pada Khamis lepas, Farid didakwa menyerang seorang anggota polis dengan menampar selain menendang dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling Jaya.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja. Farid kini sedang ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan sehingga Isnin ini.

Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman atas Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad, 4 tahun, dan Nur Aurora, 2 tahun.

Sebelum ini, netizen membuat andainya bahawa rumahtangga pasangan ini ada masalah selepas adik Farid Kamil, Fadzil Zahari memberitahu abangnya dalam keadaan tertekan rindukan anak-anaknya kerana sudah lama tidak bertemu. Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal Diana Danielle.

Mstar

Reply