1 comments

Dengan Ini Aku Memilih Untuk Berkorban Sebagai Rakyat Malaysia Yang Dizalimi.. Aku Akan Tamatkan Riwayat Aku

lelaki-terjun-jambatan-pulau-pinang

Dengan Ini Aku Memilih Untuk Berkorban Sebagai Rakyat Malaysia Yang Dizalimi.. Aku Akan Tamatkan Riwayat Aku Kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Seorang lelaki telah dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang. Sebelum ini, lelaki itu Mohd Shukri Saad 39, telah menulis satu status terakhir di Facebook yang mengatakan tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.

Lelaki itu meminta maad dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuatkan dia memilih untuk membunuh diri.

Ikuti tulisan terakhir Shukri ini:
Assalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang ku lakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012. Baru sekarang naik mahkamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu jual rokok murah, yang nilainya RM200.

Aku hampir direman seminggu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketifa. Ku dikenakan jaminan RM3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah,bulan Ogos dan dihukum RM4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya aku mengaku salah,perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hambapNya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku

Aku tak sanggup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti, maafkanlah abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nantu pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudaraku Hadi Radzi jagalah Tok elok2. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang iparku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaluddin dan Mohd Naim boleh jumpa kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit2.

Ku harap pengorbanan aku ini setimpak agar orang yang senarib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja bukan berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalamam aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.

Maafkan Abah,Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok2 bila besar nanti. Maafkan saya,mak (Makteh Bibah)

Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.

Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, abang amat menyayangimu sayang, tetapi abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.

Dan untuk adik-adikku yang lain peliharalah Mak Tu dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang,Sayang. Maafkan Chek,Mak.

Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenangkan anak nanti digelar ‘anak banduan’.

Ya Allah ampuni dosaku,ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.

Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpi yang zalim.

Dan yang terakhir buat Presiden PAS, janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang-undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat,agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.

Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan rasullallah.

Maafkan aku.

 

5

4

terjun-jambatan-pulau-pinang

222

 

One Response

  1. Danny

Reply