no comments

Patutlah Afdlin Shauki Marah Sangat Zizan Bergurau ‘Datuk Beli Dari Sultan Pahang’, Rupa-rupanya…

Beberapa hari lepas, pelawak Zizan Razak menimbulkan sedikit kontroversi, apabila dia bergurau “Datuk Beli Dari Sultan Pahang” sewaktu mengacarakan majlis Festival Filem Malaysia (FFM29).

Gurauan itu nyata membangkitkan rasa kurang senang buat aktor Hans Isaac, dan turut mengkritik adalah rakan baiknya iaitu Afdlin Shauki.

Bagaimanapun, pada hari ini, pelakon lantang Afdlin Shauki dianugerahkan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Afdlin Shauki menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk‘ pasa majllis pengurniaan darjah dan oingat yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang.

Menerusi status di Instagram, Afdlin ada memuat naik foto dia bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut.

 

“Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy,” tulisnya.

Afdlin ketika ditemui berkata, penganugerahan D.I.M.P. diterimanya ini disifatkan sebagai penghargaan tertinggi buatnya sepanjang 26 tahun terlibat dalam industri seni.

Menurut Afdlin atau nama sebenarnya, Afdlin Shauki Aksan, 46 tahun, penganugerahan itu membakar semangatnya untuk lebih aktif melakukan kerja-kerja amal bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan bantuan.

“Alhamdulillah, kena pada masanya kerana saya baru sahaja menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki supaya kerja amal yang dilakukan lebih teratur dan tertib.

“Penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata memandangkan ada bidang lain juga diberi perhatian kerana saya sentiasa melibatkan diri dalam kerja amal,” katanya ketika ditemui di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Katanya, penganugerahan berkenaan diiringi dengan tanggungjawab yang cukup besar supaya kemuliaan gelaran berkenaan terpelihara.

Rata-rata pengikut di Instagram mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelakon filem Cuci ini.

Malah, Afdlin turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay.

Selain Afdlin, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri‘.

β€œIa menjadi kenangan manis buat saya dan isteri. Dalam usia 30 tahun, saya berharap anugerah ini menjadikan saya sekeluarga lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan,” kata Aliff.

Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.

Dengan penganugerahan gelaran ‘Datuk’ kepada Afdlin Shauki itu, ini menjadi keempat-empat pelakon filem ‘Cuci’ (2008) masing-masing mempunyai darjat yang sama. Iaitu, Datuk AC Mizan, Datuk Awie, Datuk Hans Isaac dan Datuk Afdlin Shauki.

Mstar Online, Astro Awani

Reply