no comments

Tindakan Terpuji Dato’ Vida Pada Anak-Anak Tahfiz Ini, Pasti Dicemburi Oleh Semua Orang!

Jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida, berkenan untuk membawa 18 pelajar yang terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar berkenaan.

Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak, selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam tragedi kebakaran tragis itu.

“Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu semalam bersempena sambutan Awal Muharam 1439H.

Beliau berkata lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka.

Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma mereka.

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran pada jam 5.15 pagi. – BERNAMA

Mengimbas kembali tragedi duka Dato’ Seri Vida.

Pada tanggal 4 Ogos 2013, rumah teres dua tingkat terletak di Taman Meru, Ipoh yang jadikan sebagai kemudahan asrama untuk kakitangan Vida Beauty milik jutawan ini terlibat dalam kebakaran.

Lebih menyayat hati dua orang anaknya dan seorang pekerja maut terkorban dalam tragedi kebakaran itu.

“Saya berada di Pulau Pinang untuk lawatan cawangan. Dan panggilan telefon yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila itu masih terngiang-ngiang di telinga.”

“Dato’, Dato’… rumah Dato’ terbakar!” “Rumah yang mana?” Tanya saya.

“Rumah di Meru Hill, Dato’. Kereta Bentley Dato’ meletup.” Saya terkejut namun segera menjawab, tidak mengapa, apa boleh buat, jika kereta ditakdirkan terbakar, saya perlu reda.

Tapi anak Dato’ ada di dalam rumah!” Maha Besar Allah!

“Dua jam kereta kami memecut, melesat dari Pulau Pinang turun ke Ipoh.

Kami tiba jam 11.30 malam. Allah! Hati saya luluh melihat rumah tempat kami berlindung, rumah tempat tersimpannya sebegitu banyak kenangan kami sekeluarga, rentung dan hangus. Berpuing-puing.”-Vida

Reply