DATO’ SITI NURHALIZA KEGUGURAN
Spekulasi mengenai kehamilan penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, terjawab apabila beliau mengesahkan kandungannya yang berusia dua bulan gugur. Berita sedih itu dikongsi Siti, menerusi laman Instagramnya.
“Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct”
“Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai”
“Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya,” memetik luahan hati penyanyi tersebut di Instagram.