no comments

Danny X-Factor Tak Malu Bawa Grab, Pendapatan Cecah RM500 Sehari

Sudah lama kita tidak mendengar perkembangan terkini mengenai penyanyi dan pelakon Danny X Factor atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa yang terkini lebih selesa memandu kereta gra untuk menampung kos sara hidupnya.

Menurut sumber dari Berita Harian, Danny langsung tidak rasa malu untuk mendedahkan perkara itu, dia sebenarnya sudah memandu grab sejak tahun 2017 lagi dan sebenarnya itulah pekerjaan yang telah menyelamatkannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020 dahulu.

Kongsinya, dengan hanya memandu Grab, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM500 sehari dimana ianya jauh lebih lumayan berbanding kerjaya seni yang diceburinya sebelum ini.

‘Saya ni buat kerja macam macam dah, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan macam-macam lagi. Nak malu apa, asalkan saya berusaha mencari rezeki yang halal dan tak menipu orang, saya tenang.

“Sebenarnya saya dah buat grab ni sejak tahun 2017 lagi, kalau nak tahu inilah pekerjaan yang telah menyelamatkan saya semasa negara sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Semasa itu juga isteri saya yang bekerja pramugari pun tak boleh ‘terbang’ gaji pun tiada masa tu.

“Pada masa itulah, saya terus bekerja sebagai pemandu Gran, itulah yang banyak membantu saya. Kalau ikut dari segi pendapatan, kerja memandu Grab ni jauh lebih lumayan dari kerja sebagai anak seni. Pendapatan pun boleh cecah RM400 hingga RM500 sehari. Ujarnya.

Kongsi selebriti yang sudah berusia 42 tahun itu, dia turut mengakui seronok melakukan pekerjaan tersebut kerana merasa lebih tenang bila dapat berjumpa dengan kawan sekeliling.

Walaupun begitu, dia memaklumkan kini perlu berehat dari melakukan kerja memandu Grab memandangkan dia kini sedang sibuk berlakon dan melakukan kerja lain dalam industri seni.

‘Bila bawa kereta Grab ni, saya dapat bertenang dan boleh berjumpa rakan-rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas saya tengok sendiri rakan sekeliling buat pekerjaan yang sama dan akhirnya mendapat keseronokan.

“Cuba bayangkan, semasa penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya nak memandu Grab.

“Tapi sekarang saya berehat sebentar dari memandu Grab kerana saya sekarang sibuk dengan lakonan dan kerja-kerja lain dalam bidang seni. Alhamdulilah rezeki masih berterusan, tambah Danny.

Beliau yang merupakan anak kelahiran negeri Kelantan itu pernah menjadi seorang penyanyi kepada ahli kumpulana X-Factor, beliau juga menjadi antara pelakon lelaki di Malaysia yang agak popular. Pada peringkat awal dalam karier seni, dalam bidang muzik sebagai ahli kumpulan X-Factor, pada sekitar tahun 2000, mula mencipta nama sebagai pelakon.

Antara pembabitan awalnya dalam bidang lakonan adalah menerusi siri TV Fara bersama Fara Fauzana dan menjadi watak utama dalam filem Budak Kelantan (2008).

Antara filem lain lakonannya adalah Drop Dead Rock (1999) , Seri Dewi Malam dan No Problem (2001), dan beberapa filem lain sehingga tahun 2010. Danny kini telah kembali aktif dalam bidang seni setelah kemunculan kembalinya dalam drama berjudul Republik Ombak pada tahun lepas. Ianya sekaligus telah memperkenalkan kembali namanya dan menjadi tumpuan media. Sebelum ini Danny telah beberapa tahun menyepikan diri dan tiada sebarang perkembangan terbaru dari media mengenai dirinya.

Apapun, kita sebagai peminat beliau doakankanlah yang terbaik kepadanya agar sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan kesihatan. Semoga Danny dapat terus menghiburkan penonton dalam filem atau drama selepas ini insyaAllah.

Reply