Dakwa Dirinya Kebal Dari Bisa, Ini Yang Terjadi Selepas Dia Cium Ular
Ular tedung adalah antara spesis ular berbisa yang sangat merbahἀya. Bisa ular tedung mampu membunuh dan melumpuhkan mangsa sehingga menyebabkan kematian dalam masa yang singkat.
Tragedi yang terjadi di Filipina, keberanian seorang lelaki yang mendakwa dirinya kebal telah bertindak mencium seekor ular tedung, tindakannya itu akhirnya mengundang padah apabila lidahnya telah dipatuk reptilia berbisa itu. Berita ini telah dilaporkan menerusi akhbar The Sun pada 14 Julai 2021.
Mangsa yang bernama Bernardo Alvarez, 62 , sememangnya terkenal dengan gelaran Lelaki Ular. Bernardo telah menangkap spesis ‘Ular Tedung Filipina Utara’ yang sangat berbisa di sebuah rumah penduduk Pekan Mangaldan, wilayah Pangasinan pada 9 Julai yang lalu.
Menurut sumber yang melaporkan, peringkat awal, penduduk telah bersorak gembira apabila Bernardo berjaya menangkap ular berbisa tersebut, namun tiba tiba situasi bertukar ngeri dalam sekelip mata apabila dia telah dipatuk ular.
Sebelum itu, Bernardo cuba melakukan aksi mencium ular tersebut dengan meletakkan mulutnya dengan jarak yang sangat dekat, sehinggalah ular tersebut mengigit lidahnya. Ular tedung tersebut terkenal sebagai antara ular paling berbisa di dunia.
Bernardo yang terkejut selepas diserang ular berbisa itu terus menjerit kesakitan, rebah dan menggelupur kesakitan di atas tanah. Mangsa terus meninggal dunia ditempat kejadian.
Pihak pegawai kesihatan yang membuat pemeriksaan , Dr Anna de Guzman berkata, bisa ular tersebut boleh menyebabkan lumpuh seperti yang berlaku kepada Bernardo.
Kata Dr Anna, ” Apabila sistem lumpuh, ia akan menyebabkan mangsa tidak dapat bernafas, kandungan oksigen dalam badan terjejas dan akhirnya degupan jantungnya berhenti.
Ketika kejadian, Pasukan perubatan kecemasan terus bergegas ke lokasi kejadian dan cuba untuk memberikan bantuan pernafasan, tetapi mangsa tidak memberikan sebarang respon lagi dan tubuhnya menjadi kaku kesan dari bisa ular tersebut.
“Mereka tidak berjaya menyelamatkannya kerana bisa ular terlalu kuat. Kami tidak tahu bagaimana untuk terima kehilangannya” kata salah seorang ahli keluarga Bernardo, Teresa Oca.
Mengenali Ular Tedung Filipina Utara.
Kita semua mengetahui bahawa semua ular tedung adalah berbisa, namun berbeza dengan ‘Ular Tedung Filipina Utara’ ini.
Ular tedung ini mampu meludahkan racun bisanya sehingga jarak 3 meter, jika anda terserempak dengan ular ini juga, anda sudah berada dalam masalah yang besar.
Racun neuortoksiknya boleh menghalang sistem kardio dan pernafasan daripada berfungsi secara normal. Mereka yang terkena patuk ular ini, sistem pernafasan akan terus lumpuh dan kemἀtian boleh berlaku dalam masa hanya 30 minit.
Kerosakan tisu yang berlaku tidaklah teruk seperti yang disangka, namun neurotoksin telah menghalang saraf dalam badan.
Daripada kejadian yang berlaku kepada mangsa ini, berhati-hatilah walaupun anda digelar Lelaki Ular sekalipun, mἀut yang tiba tidak mengenal siapa, samada anda kebal ataupun tidak.