no comments

‘DAHLAH SEGALA MENCEKEK KITA YANG TANGGUNG, KITA PULA DIPERSALAHKAN BILA SURUH BEKERJA’ – Chef Wan

'DAHLAH SEGALA MENCEKEK KITA YANG TANGGUNG, KITA PULA DIPERSALAHKAN BILA SURUH BEKERJA' - Chef Wan.jpg

‘DAHLAH SEGALA MENCEKEK KITA YANG TANGGUNG, KITA PULA DIPERSALAHKAN BILA SURUH BEKERJA’ – Chef Wan

Makin panas nampaknya perbalahan di antara ahli keluarga dan Chef Wan. Semuanya bermula apabila Chef Wan memuatnaik gambar ahli keluarganya yang sedang tidur pada hari raya kedua dan menyelar mereka kerana sikap pemalas. Diaibkan sebegitu rupa di laman sosial, beberapa orang ahli keluarga di dalam gambar itu telah tampil mempertahankan diri mereka. Berdasarkan penjelasan, mereka kesemuanya bangun lewat kerana kepenatan melayan tetamu yang merupakan peminat Chef Wan. Terbaru, mereka mahu mengambil tindakan tegas untuk menyaman Chef Wan.

Pergaduhan antara ahli keluarga ini yang sepatutnya diselesaikan secara face to face atau melalui mesej secara peribadi, nampak gayanya tidak berlaku. Krisis antara mereka semakin meruncing apabila Chef Wan tampil membuat 3 lagi penjelasan panjang lebar di Instagram yang kini telah disetkan kepada private. Menurut Chef Wan, dirinya mengeluarkan segala perbelanjaan untuk Hari Raya atau dalam erti kata lain, ‘Bank Negara’ untuk sambutan Hari Raya keluarganya. Malah Chef Wan juga menyatakan semua yang dikatakan oleh ahli keluarganya adalah fitnah dan menyelar mereka kerana menggigit tangan yang memberi makan.

Panjang lebar leteran Chef Wan di laman Instagramnya. Habis semua ahli keluarga yang terlibat dihentamnya. Sejujurnya, mereka tidak akan jumpa jalan penyelesaian sekiranya kedua-dua belah pihak terus berbalasan mesej sebegini sambil dipertontonkan ramai. Kalau dah ahli keluarga tu.. tak perlulah bergaduh di laman sosial. Jumpa terus. Luahkan rasa tidak puas hati. Yang muda minta maaf, yang tua kenalah mengalah. Apa kata anda? Selamat Hari Raya…

kdt – BeautifulNara

Reply