no comments

Jadual Cuti Tahunan & Cuti Sekolah 2025

Jadual cuti tahunan dan cuti sekolah 2025 mesti ramai orang mencari jadual perjalanan untuk tahun tersebut bagi mencatat tarikh penting seperti cuti sekolah, cuti perayaan, dan lain-lain. Cuti tahunan adalah jenis cuti yang diberikan kepada pekerja oleh syarikat mereka.

Salah satu kalendar yang banyak dirujuk adalah kalendar kuda dimana ianya menyediakan informasi lengkap seperti tarikh kalendar Islam dan kalendar Cina. Dengan bantuan kalendar ini, masyarakat dapat merencanakan aktiviti sepanjang tahun terutama keluarga dengan anak-anak sekolah dapat menggunakan cuti sekolah untuk berkumpul bersama keluarga.

Januari 2025

Februari 2025

Mac 2025

April 2025

Mei 2025

Jun 2025

Julai 2025

Ogos 2025

September 2025

Oktober 2025

November 2025

Disember 2025

Cuti Sekolah 2025

Jadual akan dikemas kini daripada semasa ke semasa mengikut pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM membahagikan cuti sekolah kepada dua kumpulan. Salah satu merupakan kumpulan A, iaitu negeri-negeri yang menetapkan hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Kedua adalah kumpulan B, iaitu negeri-negeri yang menetapkan hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Cuti persekolahan adalah masa yang dinanti-nantikan oleh pelajar dan keluarga di Malaysia setiap tahun. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk berehat daripada rutin pembelajaran harian mereka. Selain itu, cuti ini juga membolehkan keluarga merancang perjalanan dan aktiviti bersama-sama.

Bagi para pelajar, cuti persekolahan bukan hanya masa untuk berehat tetapi juga peluang untuk mengejar minat dan bakat mereka di luar bilik darjah. Banyak program kemahiran, perkhemahan, dan aktiviti sosial diadakan semasa cuti ini untuk memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar di luar buku teks. Selain itu, cuti persekolahan juga memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan keluarga yang rapat, di mana waktu berkualiti bersama-sama boleh dihabiskan tanpa terikat dengan jadual harian yang sibuk.

Oleh itu, kita perlu la merancang sekiranya ingin membuat sesuatu dalam kalendar cuti ini. Luangkan masa bersama anak-anak ketika waktu cuti kerana ianya ada memori terindah untuk kita semua

Reply