no comments

Coklat Daim & Toblerone Tiada Sijil Halal JAKIM

Coklat Daim & Toblerone Tiada Sijil Halal JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan jenama coklat ‘Daim dan Toblerone‘ tidak memiliki sebarang sijil HALAL.

Penjelasan berkenaan status Halal kedua-dua jenis coklat Daim dan Toblerone itu dibuat melalui facebook rasmi JAKIM hari ini.

“Coklat Daim dan Toblerone bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.”

Oleh yang demikian, Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ – JAKIM

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close