no comments

COKLAT CADBURY SAH ADA DNA BABI

COKLAT CADBURY SAH ADA DNA BABI.png

Keputusan analisis yang telah dibuat Kementerian Kesihatan mendapati dua daripada sampel coklat Cadbury yang diambil baru-baru ini, disahkan mengandungi DNA babi ( porcine ).

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk tersebut berkuat kuasa serta merta.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sampel berkenaan daripada Coklat Susu dengan Kacang Hazel ( Cadbury Dairy Milk Hazelnut ) nombor dengan nombor kelompok 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam ( Cadbury Dairy Milk Roast Almond ) dengan nombor 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala satu lagi sampel iaitu Coklat Susu ( Cadbury Dairy Milk Chocolate ) tidak mengandungi porcine.

Sehubungan dengan itu, pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik balik produk yang terbabit dari pasaran serta merta.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close