no comments

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI.jpg

Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki

Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah seperti berikut:

1. Berpegang kepada agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya. Wanita yang berpegang kepada agama tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan dalaman

Wanita yang baik adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sama sekali menjual maruah dirinya semata-mata untuk nama dan harta.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang bersifat keanak-anakan atau manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun, sifat manja yang terlampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai menjaga kecantikan

Lelaki sukakan wanita yang pandai menjaga kecantikan diri. Wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.

5. Berakhlak mulia

Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah, wanita hiasan dunia.

6. Tidak mempamerkan keseksian

7. Tidak cerewet

Lelaki tidak sukakan wanita yang cerewet. Wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.

8. Memahami lelaki

Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasi dirinya. Pendek kata dia dapat membaca riak wajah suaminya.

9. Sejuk mata memandang

– Bersopan santun
– Sentiasa berwajah manis
– Sentiasa memberikan senyuman
– Menutup aurat
– Ramah dan mesra
– Menghormati orang lain

Reply