no comments

Cincin Tunang Dah Beli, Tapi Hasratnya Tak Kesampaian.. Angkara Pɛmandu M4buk

Angkara pɛmandu m4buk, hasrat seorang pemuda berusia 28 tahun untuk bertunang tidak kesampaian selepas dia m4ut dil4nggar dalam kɛm4langan di Jalan Haji Ahmad, Kuantan pada Sabtu lepas.

Menurut bapanya, Abdul Ruzak Hussin, anak kedua dari lapan beradik itu, Mohammad Uzair Nasaie Abdul Ruzak, sudah membeli cincin pertunangan sebagai persediaan untuk majlis tersebut yang sepatutnya berlangsung pada bulan depan.

“Cincin tunang sudah dibeli namun anak ‘pergi dulu’ (mɛninggal dunia) sebelum sempat bertunang. Dia merancang bertunang pada Disember ini. Walaupun sedih dan terkilan, namun kami sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa dia,” katanya.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Mohammad Uzair Nasaie yang bekerja sebagai tukang gunting di Kuantan mɛninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirɛmpuh sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu oleh seorang individu berada dalam pɛngaruh alk0hol.

Menceritakan lebih lanjut Abdul Ruzak yang menetap di Taman Bukit Indah, berkata, pada sebelah petang sebelum kejadian itu, Mohammad Uzair Nasaie yang mesra dipanggil Angah ada menelefon isterinya, Ramlah Zainal Abidin, 56.

“Sepanjang perbualan, arwah asyik mengingatkan ibunya supaya menjaga diri dan menyatakan hasrat mahu bertunang. Kali terakhir kami berjumpa pada Oktober lalu ketika kenduri perkahwinan sepupu arwah di Melaka. Dia kelihatan teruja,” katanya hari ini.

Tambahnya, arwah memang seorang anak yang suka membantu serta prihatin terhadap keluarga. Jɛnazah anaknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Marong, Bentong pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, Abdul Ruzak berkata, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan sias4tan dan mengambil tindakan berlandaskan und4ng-und@ng berhubung kem4alangan yang mer4gut ny4wa arwah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Sias4tan dan Pɛnguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, berdasarkan ujian darah yang diterima, pɛmandu kereta tersebut yang berumur 32 tahun serta merupakan pengurus syarikat wang berlesen berada dalam pɛngaruh alk0hol ketika kɛmalangan itu.

Menurut beliau, pemandu berkenaan telah dituduh di bawah Sɛksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 berhubung memandu di bawah pengaruh alk0hol hingga menyebabkan kem4tian di Mahkamah Kuantan, semalam.

-Bersamalah kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah yang telah pergi menemui Maha Pencipta. Semoga kemati4nnya mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Reply