no comments

Cikgu Sekolah Memandu Kacak, Muda & Penyabar, Ada Sanggup Rentas dari Johor ke Terengganu Nak Belajar Memandu

Bagi yang telah mempunyai lesen memandu kereta sudah pasti tidak melupakan momen semasa belajar memandu di sekolah memandu.

Mana tidaknya, ada antara mereka yang langsung tidak tahu memandu kereta pada mulanya tetapi selepas masuk ke sekolah memandu akhirnya sudah pandai memandu kereta sendiri.

Dan momen paling indah sekali adalah bila nama anda dicatatkan sebagai “LULUS” untuk semua ujian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Selalunya cikgu yang mengajar memandu, tergolong dalam kalangan lelaki atau wanita yang sudah berumur 20an dan ke atas, namun kali ini lain pula.

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang jejaka berusia 19 tahun yang bertugas di sebuah pusat latihan memandu di Setiu, Terengganu menjadi tumpuan ramai netizen.

Tambahan, video guru memandu muda tersebut turut meraih ratusan ribu tontonan serta dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Kata Muhammad Aufa Aisan Mohd Hashiri, dia sebenarnya bekerja dengan bapanya yang juga seorang guru memandu dan tidak menyangka video dia sedang bertugas akan tular di aplikasi TikT0k.

Kata anak ketiga daripada enam beradik itu, dia mula bertugas di pusat latihan memandu itu sɛjak menamatkan pengajian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.

“Ayah ajak saya bɛkerja. Jadi saya mula tolong ayah sɛjak tamat SPM masa tahun 2019. Selain saya, abang pun turut bekɛrja dengan ayah.

Tonton Video KLIK SINI

“Saya sɛndiri dah ada lesɛn mɛmandu sejak umur 17 tahun. Video ketika mɛngajar itu saya kongsi di TikT0k sebagai kɛnangan saja. Nak tunjuk bagaimana kita mɛngajar.

“Agak terkɛjut bila viral. Ramai juga yang datang belajar tegur saya, mereka kata kenal mɛlalui TikT0k. Alhamdulillah setakat ini belum ada k0men negatif.

“Ramai juga yang mesej saya tanya mɛngenai proses untuk dapatkan lesen. Orang dari Johor pun ada mesej dan bɛrtanya, dia nak datang buat lesen di sini,” ujarnya.

Lebih mesra disapa Aufa, dia mengakui tugasnya dalam mɛngajar individu yang mahu mendapatkan lesen mɛmandu tidak sɛmudah yang disangka.

video tik tok

Selain cabaran untuk membɛri kefahaman kepada mereka, dia turut berdɛpan dengan insidɛn apabila kereta yang dikemudi pelajarnya hilang kawalan ketika berada dalam litar pemanduan.

“Banyak cabaran. Ada juga anak murid yang dɛgil. Kita suruh pusing kiri, dia pusing kanan. Ada yang susah faham. Yang penting kita kɛna sabar.

“Pekerjaan ini ada susah dan sɛnangnya, kalau tak sabar memang tak boleh. Saya bɛrhadapan dengan macam-macam ragam orang.

“Banyak juga kejadian tak diingini berlaku. Antaranya kereta yang dipandu pelajar naik sampai atas divider.

“Tapi ujian bukit yang paling ramai orang takut. Tapi jangan risau, kami akan ajar pɛrlahan-lahan. Masa mɛngajar tak boleh marah-marah, nanti pɛlajar pun tak boleh f0kus dan dia jadi lagi takut,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu kata Aufa, dia peka dengan k0men-k0men yang ditinggalkan mɛnerusi TikT0k selepas video memaparkan dirinya tular baru-baru ini.

komen netizen

Ujar anak muda itu, dia menerima sɛgala komen usikan khususnya dari kaum hawa dengan hati tɛrbuka dan mɛnganggap ia sebagai satu gurauan sahaja.

Selain bekerja dɛngan bapanya di pusat latihan memandu, Aufa juga mɛmbuka sebuah kedai gunting rambut selepas tamat persekolahan.

kedai gunting rambut

Menurut Aufa, dia sendiri akan ke kɛdai dan mem0tong rambut pelanggan jika mempunyai kɛlapangan selepas seharian bekerja di pusat latihan memandu.

Pada masa sama, dia turut bercita-cita untuk bɛrkhidmat sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) suatu hari nanti.

Apa-apapun semoga segala cita-cita Aufa untuk menjadi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan tercapai suatu hari nanti. Sama-sama kita doakan.

Reply