no comments

Cerdik Semacam, Dia Boleh Dengar Apa Yang Orang Fikir

Dilahirkan cacẫt sudah pastinya menjadi kekurangan. Namun tidak, bagi seekor kucing dari Turki ini. Kecẫcatannya telah menjadikan dirinya sebagai kelebihan.

Kucing itu telah mencurḭ perhatian ramai di Instẫgram kerana mempunyai dua pasang telinga pada kepalanya.

Menurut Daḭly Mẫil, anak kucing berusia empat tahun dengan nama panggilan Midas, mempunyai empat telinga akibat mutasi genetik.

Mempunyai pengikut di Instagram dengan lebih 46ribu followɛrs, Midas sering mencuri perhatian dek kerana sepasang telinga normal dan sepasang lagi telingan yang lebih kecil.

“Kucing saya sihat tetapi akan menjalani pemeriksaan lanjut dalam beberapa bulan untuk memastikan tiada mutasi genetik lain dikesan dalam badannya.

“Midas merupakan seekor kucing yang sangat mesra dan suka bermain. Ia tidur sepanjang hari dan berjaga sepanjang malam,” katanya.

Doktor haiwan yang memeriksa Midas turut mengesahkan bahawa kucing itu sihat, dapat mendengar dan tiada yang membahayakan dengan telinga tambahannya itu.

Midas dimiliki oleh seorang wanita warga Turki yang dikenali sebagai Canis Dosemeci yang mengambil kucing baka Russian Blue itu daripada rakannya untuk dipelihara. Ibu Midas yang merupakan seekor kucing jalanan melahirkan Midas bersama enam lagi adik-beradiknya di taman milik rakan Canis.

Reply