no comments

Catatan Terakhir Tunku Jalil… Hajat Yang Tak Kesampaian

Catatan Terakhir Tunku Jalil... Hajat Yang Tak Kesampaian.jpg

YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm tadi (5 Disember) di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.

Menurut sumber baginda berada dalam keadaan kritikal dan sedang diawasi rapi oleh doktor pakar.

Baginda dipercayai mengidap sakit kanser hati sejak setahun lalu dan telah menjalani pembedahan awal tahun ini.

tunku-jalil.jpg

Laporan Harian Metro Mengenai Tunku Jalil:

Kuala Lumpur: Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab, kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realilti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya.

Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.

Catatan Terakhir Tunku Jalil

2015-12-06_020131.jpg

TG-Jalil2.jpg

Reply