no comments

Caranya Paul Walker “Dihidupkan” Kembali Dalam Fast & Furious 7

Caranya Paul Walker “Dihidupkan” Kembali Dalam Fast & Furious 7.jpg

Kepada sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah pasti sedikit hairan dengan watak Brian O’Connor yang boleh dihidupkan kembali dalam filem ini. Paul Walker yang memegang watak sebagai Brian O’Connor dalam filem Fast & Furious telah meninggal dunia pada akhir tahun 2013 setelah terlibat dalam satu kemalangan maut.
Kematian Paul Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious 7 selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast & Furious 7 masih dalam penggambaran.
Pihak Universal tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.
Bagi menjadikan filem ini “real” dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast & Furious 7 ini.
Proses mengklon watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker digunakan untuk pandangan mata.
Teknologi canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa. Aktornya Oliver Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang tepat. Hasilnya pun tidak jauh berbeza dari watak asal.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close