no comments

CARA SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

CARA SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID.jpg

Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad “selamat datang” bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila salah seorang diantara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

1. Niat:

Maksudnya: Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.

2. Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah:
Raka’at pertama – Surah Al-Kafirun.
Raka’at kedua – Surah Al-Ikhlas.

Reply