no comments

Akibat Kuat Sumpah Seranah Pada Manusia, 5 Ekor Burung Kakak Tua Dikuarantin

Lima ekor burung kakak tua spesies African Grey terpaksa dipindah dan dikuarantinkan selepas haiwan berkenaan terus mengeluarkan kata-kata kɛsat kepada pengunjung di sebuah taman hidupan liar Britain.

Taman Hidupan Liar Lincolnshire mengambil kesemua burung kakak tua itu kira-kira enam minggu lalu dan meletakkan haiwan terbabit dalam kuarantin.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) taman terbabit, Steve Nichols, berkata sepanjang tempoh itu, burung berkenaan saling berkongsi kebolehan untuk mɛncarut dan berbahasa kɛsat.

“Saya digelar ‘Si Gemuk‘ setiap kali saya melintas,” katanya kepada CNN.

Nichols bagaimanapun berkata, itu bukan sesuatu yang luar biasa bagi spesies berkenaan

“Sejak 25 tahun lalu, kami selalu menerima burung kakak tua yang gemar menggunakan bahasa kesat dan sudah biasa dengan keadaan ini.

“Setiap kali akan ada seekor yang berkelakuan sedemikian dan ia agak menggelikan hati sebenarnya,” katanya.

Nichols berkata, hanya pada kali ini secara kebetulan mereka menerima lima burung kakak tua dalam minggu yang sama dan kesemuanya saling ‘menyumpah’ antara satu lama lain.

“Lebih kerap anda ketawa mendengar kata-kata itu, lebih banyak sumpah sɛranah dihamburkan,” katanya.

Reply