KWSP EPF dikecam kerana melabur dalam Saham Judi Toto. Kenapa perlu melabur dalam Saham Judi Toto?
Tersebar keratan akhbar yang membuktikan bahawa KWSP terlibat dalam pelaburan di Syarikat Berjaya Sports Toto Berhad. KWSP EPF memegang saham dalam Syarikat Berjaya Sports Toto Berhad sebanyak 6.68 peratus, turut memegang saham dalam Sports Toto adalah Berjaya Group Berhad dan Great Eastern Life SDN BHD.
Perkara ini menimbulkan kemarahan dan sensitiviti dalam kalangan umat Islam yang rata-ratanya melabur wang dalam KWSP sebagai simpanan di hari tua.
Wang KWSP EPF dah tak halal sebab wang tersebut telah dilaburkan pada Saham Judi Toto. Teruklah macam ni perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.