Bukan Petua Temberang, Ini Tujuh Koleksi Petua Kuali Hitam Jadi Merelip Macam Cermin
Teringat pula masa awal membeli kuali, sudah pasti tiada kehitaman macam tu kan. Namun kerana kerapa kali digunakan , mahu tidak mahu memang ada masalah belakang kuali hitam. Sampai masa mak mertua datang rumah, alamak malu tidak terkata rasanya.
Kebiasaannya belakang kualilah yang paling sukar dicuci kan? Bila dah berkerak hitam, tak tahu dah nak sental guna apa.
Ya jangan risau, ada kaedahnya dan ini boleh dijadikan jalan penyelesaian untuk anda semua. Untuk makluman anda, sebenarnya belakang kuali yang hitam akan lebih mudah dan cepat meresap haba dan akan menyebabkan kuali tersebut cepat panas.
Jangan pandang remeh petua dapur mak mak ni, sebab sebelum saya berkongsi cara, sudah tentu para mak dah cuba dulu dan mengetahui hasilnya. Begitu jugalah petua untuk kilatkan atau menghilangkan kuali karat yang berkerak hitam itu. Ini adalah 7 petua yang dikongsikan mak-mak yang terbukti menjadi kenyataan dan sememangnya berkesan untuk menghilangkan kuali karat dan hitam berkerak. Ilmu ini sungguh berguna untuk para ibu yang ada masalah bagaimana nak kilatkan semula kuali hitam sama macam baru beli.
Petua 1: Gunakan asam keping yang telah dicuba oleh Hidaya Abdullah ‘suka sungguh aih, yang hitam dah boleh jadi putih semula”.
Kongsinya ini adalah petua lama yang dah pun viral. Ilmu ini diperoleh dari Sis Kalai melalui group masakan terkenal.
Selepas beranak, baru terdetik nak cuba buat. Semasa mengandung Kak Dayah loya tengok kuali. Asal masuk dapur sahaja rasa nak muntah ” cubalah ya, memang menjadilah. Kalau rajin menyental, siap berkilat lagi tu, Kak Dayah tak sempat nak sental habis.
Petua Sental Bontot Kuali Kilat Mengerlip
1. Rebus sebanyak 8 asam keping dalam periuk yang besar supaya senang nanti nak rendamkan kuali dalam periuk.
2. Rebus air asam keping itu sehingga mendidih
3. Kemudian masukkan kuali atau periuk yang bermasalah itu dalam air asam, rendam dalam masa 4 hingga 5 minit
4. Selesai merendam, angkat kuali atau periuk tu, sejukkan sebentar, kemudian boleh sental pula guna sabun dan berus dawai
5. Semasa menyental, kurangkan menggunakan terlalu banyak air, biarkan kesan air asam keping itu masih berada pada permukaan kuali atau periuk.
Happy Sentaling ya uolss.
Petua 2: Gunakan Sabun Cap Buruh, telah dicuba oleh : Jammu Qhinta Kecantikan
Kaedah mudah nak hilangkan kesan degil periuk atau kuali di rumah anda. Tajuk macam kenkonon rajin sangat masak sampai hitam periuk tu. Tapi itulah kalau hitam-hitam macam mana seronok nak masak. Rasa macam nak beli baru je kan.
Kami sekeluarga pakai sabun cap buruh, guna sahaja sabun ni, harga RM4.50 ada 10 ketul. Kira jatuh 45 kupang satu ketul, Tak ke jimat. Mana nak beli sabun ni, saya cari kat Jalan Tengku Kelana, Klang sebab apa cari kat sana? sebab periuk-periuk kuali dekat tempat tu semua berkilat dah boleh jadi cermin muka.
Dapat tahu petua ni pun dari kedai-kedai india yang menjual periuk kuali. Den ni pun teringin nak tanya, macam mana nak bagi kilat semula bila dah hitam macam ni, dia kata pakai sabun nilah. Ok fine, mehlah kita try, proses ujikaji dibuat dengan bantuan encik suami, mesti kena puji suami sebelum nak minta tolong hahaha.
Petua 3: Guna sabun mandi dan sabun labour. Telah dicuba oleh Che Puan Khadijah.
Penangan dua sabun ni iaitu sabun mandi dan sabun jenama labour dah kira turun temurun untuk menyental kuali kasi berkilat macam ni.
Cara-cara nak buat bagi berkilat macam ni, petuanya mudah sahaja, dah mula kita beli kuali, mesti rajin sental guna sabun mandi dan sabun labour. Masa menyental gunalah penyental alumunium kasa untuk sental kuali tu. Kalau kerak tu dah tebal sangat, kenalah bersabar sikit semasa menyental. Tangan-tangan dan bahu masa menyental pun jadi lenguh juga.
Tapi saya sendiri, kalau lenguh-lenguh pun takpa asalkan happy tengok periuk belanga dah jadi berkilat macam ni.
Petua 4: Gunakan sabun basuh dan berus periuk halus. Telah dicuba oleh Nia Zarith Sofea
“Bagi yang suka memasak macam saya , inilah petua terbaik untuk uolss. Asyik muka aje nak cantik feloles, kuali kat dapur hitam berkarat”
Ada pulak yang sentap, ada tu jual sabun rendam je dah berkilat. Saya pun beli la iklan dia merelip kilat pungkoq kuali, jenuh saya rendam , haram tak berkilat pun. Harga pun mahal jugak.
“Ni ha saya nak share kaedah murah dan jimat , guna aje sabun mandi dan berus periuk halus tak sampai pun 5 kupang duit habis, sekali sentai”
Ambil kau hasilnya merelip macam cermin. Taik lalat kat muka pun boleh nampak dik oii.
Bahan-bahan: guna berus periuk halus, sabun mandi. Hasilnya depan belakang berkilat, awak gosok sekejap ja, merelip lip lap lipa bak hang. Share untuk kawan-kawan kita nak bagi mak mertua puji periuk kuali rumah menantu merelip kilat, rajin sungguh nampak.
Petua 5: Gunakan soda bikarbonat, telah dicuba oleh Bellyna Coffee beauty & Slimming
“Kuali selepas memasak memang susah nak dibersihkan. kesan jelaga hitam tu membuat makin berbulu mata rasanya. Nak ‘grooming’ kuali cantik semula? buat cara seperti dibawah.
Bahan-bahanya: Soda Bikarbonat secukupnya. Berus dawai. Sedikit air. Cara nak buat
1. Basahkan kuali dan tabur dengan soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan
2. Ambil berus besi dan gosok kuali uolss. Air jangan banyak sangat, anggaran agak-agak basah sahaja
3. Gosok lagi sehingga kesan jelaga hitam tu makin hilang
4. Basuh dan bilas dengan air, pastinya hasil yang menakjubkan.
Selamat mencuba ya!
Petua 6: Rebus guna kulit nenas, petua ini telah dicuba oleh Azian Anuar.
Selepas memasak telur rebus, kuali yang hitam legam akibat merebus tu boleh dibersihkan menggunakan kulit nenas.
Cara-caranya ialah:
Rebus dahulu kulit nenas. Semasa merebus kulit nenas tu, biarkan lebih pada tanda hitam. Kemudian ambil kulit nenas tu guna senduk, gosok-gosok, kemudian sental macam biasa, lihatlah hasilnya boleh berkilat semula.
Petua 7: Gunakan pencuci harpic. Telah dicuba oleh Asrah Sargono
Petua Cik Arah dihari hari cuti ni. Rendam semalaman kuali anda yang bontotnya dah hitam berkarat tu guna pencuci harpic.
Kemudian, gosok dengan menggunakan penggosok periuk. Sental banyak kali dengan pencuci harpic. Cucilah sampai berkilat.
Selamat mencuba!
Haa sampai 7 petua tu sudah dikongsikan, tiada alasan lagi untuk mencuba menyental kuali anda yang hitam berkarat tu ya, pilihlah mana-mana petua ini, janji dapat lihat hasilnya lip lap lap seperti kuali baru dibeli. Semoga bermanfaat.