no comments

Bukan Biasa-biasa. Lelaki Puk0L Penunggang Motosikal Sebenarnya Ahli….

Beberapa jam yang lepas tular satu video seorang penunggang motosikal jenis Honda EX5 bertindak di luar kawalan apabila memukul penunggang sebuah motosikal lain di jalanan. Seorang pengguna faceb00k bernama Hisyam Nozi memuatnaik video itu di laman sosial.

Seperti biasa, ianya mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di Malaysia. Mana tidaknya, dalam video itu jelas menunjukkan bahawa lelaki dengan menaiki Honda EX5 itu bersalah di dalam hal itu. Tetapi yang peliknya dia juga yang marah penunggang motosikal lain. Siap buat u-turn untuk puk0l penunggang motosikal lain.

Kau dah langgar right of way kawan tu, kau ajak dia gaduh, kau tolak dia sampai anak bini dia jatuh moto. Kau tengok macam tak bersalah je ye, siap makiĀ² dia blah macam tu je.

Kau tunggu, kau kerja awam MINDEF, aduan pada MINDEF akan menyusul. Kau dah sarung baju MINDEF perangai macam hanat tak boleh nak jaga. Siap kau.

Kau tunggu, kau kerja awam MINDEF, aduan pada MINDEF akan menyusul. Kau dah sarung baju MINDEF perangai macam hanat tak boleh nak jaga. Siap kau. Kata Hisyam Nozi

Di dalam kejadian itu, perselisihan faham antara kedua-dua individu tersebut dipercayai berlaku selepas mereka hampir terlanggar satu sama lain ketika salah seorang daripada mereka sedang keluar simpang.

Paling menyedihkan pertelingkahan antara kedua-dua individu itu turut menyebabkan salah sebuah motosikal yang turut ditunggangi penumpang kanak-kanak terjatuh akibat daripada kejadian itu.

Video yang dikongsi sejak awal pagi tadi itu sudah pun mula tular di beberapa platform media sosial dengan perkongsian asal tersebut telah pun mencatat lebih 10,000 shares di Facebook.

Bukan sahaja kecewa dengan sikap p@nas baran individu tersebut namun netizen juga berpendapat perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku jika mereka mengamalkan sikap bertolak-ansur.

Mujurlah ada rakaman dashcam ini sebagai bahan bukti. Kalau tidak perkara ini tidak mungkin menjadi tular di media sosial. Pesanan buat semua, berhati-hatilah sebelum kita melakukan sesuatu yang mungkin boleh mengundang padah. Silap langkah malu yang mendapat.

Seperti biasa, netizen Malaysia yang terkenal dengan kepakaran penyiasatan berkelas dunia mula melakukan siasatan.

Hasil siasatan netizen Malaysia telah berjaya menemui laman sosial facebook lelaki yang memukul penunggang motosikal mangsa itu. Apabila diteliti, lelaki tersebut bukan calang-calang orang. Rupa-rupanya dia adalah ahli seni mempertahankan diri Tomoi atau Muay Thai.

Sejauh manakah kebenaran akaun facebook ini milik lelaki yang tular di dalam video ini belum kita ketahui. Tetapi hasil semakan kami setakat ini akaun facebook lelaki ini sudah mula dinyahaktif setelah ramai tularkan di beberapa group dan page faceb00k.

Apa-apapun kami berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Namun, Malaysia ini mempunyai undang-undang. Dengan bahan bukti video yang tular ini sahaja lelaki tersebut boleh didakwa atas kesalahan “s@mseng jalanan”.

Reply