no comments

“Bugis Itu Lanun”, Persatuan Bugis Johor Minta Polis Tangkap Tun Mahathir Dibawah Akta Hasutan!

 

Kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel Bugis sebagai lanun, menyinggung perasaan masyarakat Bugis di negara ini.

Persatuan Bugis Johor membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkan menghina dan rasis.

Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad, berkata kenyataan Dr Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyarakat Bugis di Malaysia dan Nusantara, yang dianggarkan seramai enam juta orang.

“Kita mengutuk kenyataan biadap Tun Dr Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun. Kita sudah membuat dua laporan polis dan akan diikuti beberapa laporan lagi supaya Tun Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Bugis Johor, Md Sah Daeng Matatah berkata, kenyataan tersebut menghina masyarakat Melayu Bugis di seluruh negara termasuk keluarga diraja.

“Tidak patut Tun Mahathir cakap begitu. Itu dah rasis. Berapa ramai orang Melayu Bugis di sini? Sultan Melayu ramai dari keturunan Bugis di Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan ramai lagi.

“Orang Bugis bukan lanun. Itu (lanun) digelar oleh orang putih. Kita (Bugis) adalah pahlawan dan ini juga disebut dalam sejarah,”

“Patutnya sebagai orang yang sudah tua, dia kerap pergi ke masjid, sepatutnya dia bertaubat di hujung usia ini,” katanya.

Beliau mengulas ucapan Dr Mahathir pada Himpunan Anti-Kleptokrasi, Sabtu lalu, yang menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

 

 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bugis Kota Tinggi, Abd Kader Basok, 61, membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Dalam laporannya, beliau berkata, Dr Mahathir dan pakatan pembangkang perlu segera memohon maaf kepada masyarakat keturunan Bugis di negara ini.

“Ucapan Tun Dr Mahathir bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam negara.

“Bahkan beberapa sultan di Malaysia juga berketurunan Bugis.

“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun Dr Mahathir mengikut Akta Hasutan demi keharmonian dan keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya.

BHarian, Malaysiakini

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close