no comments

Sertai P∊rlumbaan Guna Basikal Bur0k, Tak Sangka Ini Pula Jadi Selepas Gambar Viral

Beberapa jam yang lepas beredar di media sosial beberapa keping gambar seorang budak misk!n yang menyertai kejohanan lumba basikal. Dikatakan kejohanan lumba basikal itu berlangsung di negara Kemboja.

Rata-rata peserta yang menyertai perlumbaan itu menggunakan basikal baru yang canggih-canggih tetapi seorang budak misk!n ini tanpa segan silu menyertai perlumbaan menggunakan basikal bur0knya.

Walaupun tidak diketahui apa nama budak misk!n ini tetapi semangat yang ditunjukkan olehnya telah membuatkan ramai tersentuh.

Seorang pengguna faceb00k berkata, “Tak payah basikal mahal-mahal lah yangg penting semangat💪💪💪”.

Manakala seorang lagi berkata, “Penghormatan terbesar kepada budak ini👏👏”.

Seorang pengguna faceb00k dengan nama ហុង មករាវុធ membuat posting berserta gambar dan video seperti di bawah:

Sehingga kini video yang dimuatnaik oleh ហុង មករាវុធ telah mendapat ratusan ribu view di laman sosial terkenal itu. Apa yang menarik di dalam posting ini, budak misk!n itu diraihkan selepas selesai perlumbaan. Bukan sahaja diberikan wang ringgit sebagai hadiah kepada budak itu tetapi ianya diraikan seperti juara.

Seorang lelaki mengangkat basikal bur0k budak ini dan meraikan seperti juara. Kelihatan peserta lain juga memberikan sumbangan berupa wang ringgit kemungkinan wang itu diberikan kepada budak misk!n ini.

Menerusi hasil carian terbaru kami di faceb00k, kami menjumpai beberapa keping lagi gambar budak ini telah menerima sumbangan basikal baru dari seseorang yang baik hati.

Dengan menggunakan nama Lang Tyleang, beliau berkongsi gambar budak ini dengan basikal baru. Lihat gambar di bawah:

Di dalam posting oleh Lang Tyleang ini, beliau berkata “Sekarang saya jumpa budak lelaki itu dan memberinya basikal kerana kerja keras dan sikapnya yang baik”.

Apa-apa pun kami mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan dan tahniah atas kesungguhan adik ini. Kemisk!nan bukanlah penghalang untuk kita mencipta sesuatu yang besar dan kejar cita-cita kita.

Adik ini telah berjaya membuka mata semua pihak bahawa tidak perlu kaya untuk anda berjaya. Dia telah berjaya buktikan dengan “hati kering” tanpa memikirkan kata-kata orang sekeliling, dia juga boleh berjaya seperti orang lain.

Reply