no comments

BSN Menolak Semua Permohonan Pinjaman Kakitangan Syarikat Minyak Dan Gas

BSN Menolak Semua Permohonan Pinjaman Kakitangan Syarikat Minyak Dan Gas.jpg

Bank Simpanan Malaysia (BSN) dilaporkan mula menolak semua permohonan pinjaman oleh kakitangan syarikat minyak dan gas.

Ini berikutan spekulasi bahawa pemberhentian pekerja secara besar-besaran dijangka berlaku selepas harga minyak mentah dunia mencapai paras terendahnya.

“Betul, ia sebenarnya adalah dalam satu memo dalaman,” kata Ketua Komunikasi Strategik, BSN Puspa Marina Omar kepada akhbar The Star hari ini.

Ia susulan selepas Petronas melaporkan syarikat itu akan mengurangkan sebahagian daripada 51,000 pekerjanya bagi mencapai sasaran untuk mengurangkan perbelanjaan modal (capex) dan perbelanjaan operasi (opex) sehingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Keputusan ini adalah untuk sementara,” kata Puspa Marina kepada akhbar itu lagi.

Reply