no comments

Penarik Kereta: Bos PPIM Mengamuk, “Ini Kerja Gila.. Bank Mana Yang Buat Kerja Ni?”

Modus operandi yang menyamar sebagai ‘penarik kenderaan’ masih lagi berleluasa di negara ini. ‘Samseng jalanan’ ini biasanya terus menahan dan menerjah serta menggertak pemilik kereta untuk menyerahkan kenderaan dengan mendakwa ‘mangsanya’ itu gagal melangsaikan ansuran bulanan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih kenali ‘Toqqi’ sendiri menjadi saksi kejadian sedemikian yang berlaku di Jalan Tun Razak kira-kira jam 1.30 petang semalam. Dua samseng berbangsa India cuba menahan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di persimpangan lampu isyarat.

Tindakan mencurigakan memaksa Toqqi turun bersemuka dan hasil soal jawab mendapati kedua mereka tidak memiliki surat dan kad kuasa yang sah sebagai seorang penarik kenderaaan. Saksikan sedutan yang sempat dirakam.

 

Sikap tidak mahu memberi kerjasama yang baik menimbulkan pertelingkahan antara pihak PPIM dan samseng terbabit.

Menjadi persoalan apabila ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang sepatutnya dipraktikkan oleh pihak bank dan penarik kenderaan tidak diendahkan sesetengan pihak.

Datuk Nadzim Johan ketika bercakap kepada PPIM TV  berkata; “Adakah ini ‘SOP’? Saya pun nak bertanya kepada KPDNKK, adakah ini SOP dan ada atau tidak training ataupun hanya bagi kad sahaja?”

“Ini satu senario yang cukup merisaukan. Kalau mereka ini perompak?”

“Kita nak benda ini, KPDNKK, Polis tolong siasat sampai lubang cacing kerana benda seperti ini tidak boleh berlaku. Kita sudah ada undang-undang.”

Modus operandi yang digunakan juga menimbulkan kerisauan PPIM apabila data peribadi pemilik kenderaan diperolehi dengan begitu mudah oleh pihak ketiga.

“Kaedah mereka ini, mereka dapatkan no plat kereta di dalam komputer. Yang pertama yang nak persoalan,
bank mana yang buat kerja macam ini? Bank-bank memberi nombor kereta dengan butiran pemilik kereta. Ini
kerja gila apa? Tahan dulu baru surat?”

“Kalau tahan juga, ini adalah rompakan.”

“Kita hendak KPDNKK, kita akan bawa dan kita akan viralkan benda ini supaya pihak-pihak yang tidur tengok balik. Perkara ini kita mahu ada perubahan. Kita mahu Menteri KPDNKK lihat perkara ini dan lakukan sesuatu segera.” katanya lagi.

Reply