no comments

BONGKAR! PUNCA SEBENAR AMYRA ROSLI TAK JADI KAHWIN DENGAN DAZRIN

BONGKAR! PUNCA SEBENAR AMYRA ROSLI TAK JADI KAHWIN DENGAN DAZRIN.jpg

BONGKAR! PUNCA SEBENAR AMYRA ROSLI TAK JADI KAHWIN DENGAN DAZRIN

Pelakon, Dazrin Kamarudin menerusi temu bualnya bersama mStar telah mendedahkan diri terseksa selama lima bulan gara-gara hasratnya untuk berumahtangga tidak kesampaian. Setelah hampir setahun insiden majlis pernikahan dengan Amyra Rosli dibatalkan, pelakon Dazrin Kamarudin akhirnya mendedahkan jiwanya terseksa sehingga dia mengambil masa selama lima bulan untuk menenangkan fikiran.

Dazrin, 27, berkata disebabkan peristiwa itu, dia tidak dapat memberi fokus dalam karier lakonan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterima.

“Sebenarnya lima bulan saya mendiamkan diri kerana tidak boleh bekerja dan hilang fokus selepas kejadian tersebut.

“Dalam tempoh waktu itu, saya hilangkan diri sekejap untuk kenal diri semula dan atas nasihat rakan-rakan baru saya kembali berlakon,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Dazrin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Amyra Rosli pada 8 Ogos 2014, namun terpaksa membatalkan hasrat berkenaan pada saat-saat akhir kerana masalah yang dirahsiakan.

amyra rosli tunang dazrin


Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013 selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, ia dikejutkan dengan majlis pernikahan pasangan itu dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun segala persiapan perkahwinan mereka sudah dibuat. 

Dazrin bagaimanapun enggan mengulas punca perkahwinan tersebut dibatalkan selain mahu kejadian berkenaan dijadikan pengajaran.

“Manusia kadang-kadang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan dalam masa yang sama kita perlu belajar serta mengambil iktibar terhadap setiap apa yang berlaku.

“Alhamdulillah saya kembali aktif berlakon dan kini tampil dengan rambut pendek untuk imej dan semangat baru selepas berkabung lima bulan,” katanya.

Sementara itu Dazrin berkata sepanjang tempoh mendiamkan diri, dia sibuk membuat pengubahsuaian rumah yang baru dimiliknya.

Tambah Dazrin, rumah baru yang mempunyai enam bilik itu merupakan salah satu persiapan untuk perkahwinannya pada tahun lalu. Dalam perkembangan lain, Dazrin akan tampil dalam drama Kampung Manggis di TV1 sempena program khas Ramadan ini. – mStar Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close