Boleh Pulak Dia Menyelit Dalam Baju Budak Ni, Mujur Takde Apa Apa
Siapa sangka, situasi santai bersama keluarga bertukar menjadi tragedi yang menggerunkan apabila tiba-tiba seekor haiwan berbisa berada dalam baju seorang budak lelaki.
Kejadian ini berlaku Kuarters Balai Polis Baloi, pada hari Rabu.
Tanpa disangka, seekor anak ular tedung telah masuk ke dalam baju budak lelaki ini ketika dia berada di pantry rumahnya. Akibat cemas dengan kejadian berkenaan, ahli keluarga budak lelaki berkenaan terus menghubungi Bomba dan Penyelamat (BBP) bahagian Pontian, pihak Bomba bergegas ke tempat kejadian pada jam 12.35 tengah hari.
Mujurlah keluarga budak lelaki berkenaan bertindak pantas, selepas pihak Bomba dan Penyelamat dihubungi dan sampai di lokasi, Abang Bomba bertindak pantas untuk menyelamatkan budak lelaki berkenaan.
Situasi ini disahkan sendiri oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat bahagian Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil, kata beliau, satu jentera FRV dari Fire Post Benut dengan kekuatan tiga anggota telah diusahakan untuk dihantar ke lokasi kejadian.
“Selepas sampai di lokasi, kami dapati seekor anak ular tedung hitam bersaiz 0.5 meter berada dalam baju kanak-kanak lelaki tersebut”.
“Menurut ahli keluarga, ular tersebut dipercayai masuk ke dalam baju semasa kanak-kanak berkenaan berbaring di pantri rumahnya” jelas Ketua Balai Bomba.
Tambah lagi, anggota Bomba telah bertindak menggunting baju budak lelaki tersebut dan menangkapnya menggunakan penjerut.
Syukur, ular tersebut berjaya ditangkap dan dilemparkan jauh dari kawasan tempat tinggal awam. Mangsa kejadian juga tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Mungkin pembaca terfikir, jika apa apa yang jadi kepada budak tersebut, sejauh mana ular tersebut boleh mengancam nyawanya.
Ular tedung ini mempunyai beberapa jenis. Ada namanya tedung selar, senduk atau tedung.
Biasa yang ada pada ular mampu membunuh mangsa.
Jika anda dipatuk ular, apa yang anda boleh lakukan adalah
- Bertenang
- Cubalah ingat bagaimana rupa bentuk ular tersebut supaya anda boleh terangkan kepada doktor atau pihak medik, supaya mereka tahu untuk memberikan rawatan yang bersesuaian dengan pantas.
- Kurangkan melakukan pergerakan, kerana ia boleh menyebabkan bisa boleh merebak dengan lebih cepat.
- Jangan sekali kali cuba menyedut biasa keluar
- Jangan diletak ais atau sebarang ubat atau sapuan bahan kimia
- Longgarkanlah pakaian jika sedang memakai baju yang ketat
- Tanggalkan aksesori di tangan seperti jam dan gelang tangan.
- Segera menghubungi bantuan dari pihak penyelamat.

Berhati-hatilah dalam kita menjalani kehidupan seharian, tambah lagi sekarang ni kita sudah hampir dengan musim hujan. Keadaan yang lembap dan basah pasti akan mengundang tetamu yang tidak diingini.
Cubalah praktikkan tips di atas, paling penting, kita harus berwaspada dari awal, jangan berikan ruang untuk mereka masuk ke dalam rumah kita. Selebihnya kita harus tawakal sahaja dan boleh cuba amalkan doa mengelak dari dimasuki haiwan berbisa.
