2 comments

BIODATA MIA AHMAD PELAKON HATI PEREMPUAN

BIODATA MIA AHMAD PELAKON HATI PEREMPUAN.jpg

BIODATA MIA AHMAD PELAKON HATI PEREMPUAN

Nama Mia Ahmad kian meningkat naik selepas beliau membintangi drama terbaru berjudul ‘Hati Perempuan’ yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Berikut adalah biodata Mia Ahmad pelakon/heroin drama Hati Perempuan berserta gambar-gambarnya.

Nama Sebenar: Shamiha Binti Ahmad Baderi

Nama Popular: Mia Ahmad

Umur: 27 Tahun (2015)

Tarikh Lahir: 22 Februari 1988

Asal: Taiping, Perak

Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping

Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon ( Pernah bekerja bersama syarikat penerbangan Air Asia & Emirates sebagai pramugari dan Penasihat kewangan di Hong Leong Financial.

Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial

Twitter: https://twitter.com/miaahmad

Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad

Drama /Telefilem: Hati Perempuan. Ku Tak Rela, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Romi Cinta Julia.

Sebagai Yuhanis dalam drama bersiri Hati Perempuan, Mia Ahmad kini mendapat perhatian ramai kerana wajahnya yang comel dan cantik dengan penampilan bertudung. Sebelum ini, beliau pernah membintangi dalam beberapa drama bersiri seperi, Rindu Awak 200% yang sekadar watak pembantu dan Ku Tak Rela yang ditayangkan di slot Azalea jam 4.00 petang. Namun, kehadiran Mia Ahmad dalam dunia lakonan popularitinya tidak menyerlah kerana jarang mendapat publisiti media.

Bagaimanapun, menerusi drama Hati Perempuan, Mia Ahmad yang tampil sebagai watak utama (Yuhanis) dan terus mendadak naik namanya. Satu kelebihan buat diri apabila drama lakonannya disiarkan di slot Akasia TV3. Sedia ketahui bahawa drama di slot Akasia adalah menjadi tarikan buat seluruh peminat drama tempatan berbanding slot-slot yang lain.

Sebelum ini, Mia bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan Air Asia dan Emirates. Juga merupakan penasihat kewangan di Hong Leong Bank. Mia kemudiannya berpenampilan dengan imej berhijab selepas membintangi drama ‘Romi Cinta Julia’.

Memegang watak Yuhanis dalam drama Hati Perempuan, Mia Ahmad sebagai seorang gadis tegas, berdikari dan kuat bekerja (seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co). Dia dipikat oleh Tengku Zaril lakonan Syarul Ridzwan, jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding.

Bagaimanapun, ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril yang sering menjadi kegilaan gadis-gadis lain tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

GAMBAR-GAMBAR MIA AHMAD/ PELAKON DRAMA HATI PEREMPUAN

Gambar comel Mia Ahmad

 

Gambar Mia Ahmad
Mia Ahmad-Hati Perempuan

 

Mia Ahmad

 

2 Comments

Reply