no comments

Biar Betul! Zizi Kirana Bersanding Dengan Ebby Yus

Kecoh diperkatakan di media sosial Instagram apabila beberapa gambar Zizi Kirana lengkap dengan pakaian pengantin dan bersanding dengan pelawak terkenal tanah air Ebby Yus.

Mungkin merasa cemburu dengan gambar itu, ramai netizen tidak senang duduk.

Tak Sangka Gambar Jadi Salah Faham

Pelakon dan penyanyi itu tidak menyangka foto bersama pelawak Ebby Yus bersanding di pelamin dengan pakaian pengantin mengundang salah faham dalam kalangan netizen.

Menurut Zizi, dia dihujani pelbagai komen dan mesej peribadi daripada peminat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelawak tersebut.

“Kelakarlah! Tiba-tiba ramai mesej yang tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin dan ada peminat yang meluahkan rasa kecewa serta mengharapkan supaya perkara itu tidak benar.

Foto Penggambaran Sketsa Komedi TV3

“Abang Ebby (Yus) pun terkejut apabila foto itu tular di media sosial dan tak sangka ia akan menjadi perbualan peminat, sebenarnya gambar itu dirakam semasa kami menjalani penggambaran sketsa komedi untuk siaran TV3.

“Saya dengan Ebby Yus dah macam abang dengan adik, dia pun lawak orangnya. Tak ada lah bercinta-bercinta ni!,” katanya.

zizi kirana dan ebby yus berkahwin

Menerusi Instastory, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini berkongsi luahan rasa kecewa peminat apabila melihat foto dia bersama Ebby Yus lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau.

“Kak salah pilih calon suami ke?” – Peminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di pelamin

“Adakah ini benar sister? Katakan tidak please… Saya kecewa!

“Kak Zizi tak salah pilih calon suami ke? Macam atuk-atuk je,” tulis netizen melalui mesej peribadi.

Masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami, Zizi berkata dia tidak kisah jika dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia.

Malah, dia menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan satu hari nanti dia berkahwin dengan lelaki setaraf usia datuknya.

biodata-zizi-kirana

“Saya tak kisah kalau dah dijodohkan dengan orang lebih berusia atau dah pangkat-pangkat bapa atau datuk saya.

“Masalahnya, tunggu yang bujang pun tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana tu? Soal jodoh ini terbuka, jika dia bertanggungjawab, beriman dan mampu membahagiakan saya… saya terima,” ujarnya yang kini muncul dengan lagu baharu berjudul Mintak Lagi.

Sebelum ini pada tahun 2018, Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menyenaraikan ciri-ciri bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.

Nampaknya lelaki di luar sana masih lagi ada peluang untuk memikat hati Zizi Kirana kerana dia masih lagi solo. Foto dengan Ebby Yus itu pula bukannya foto betul hanya sekadar lakonan. Jadi, janganlah risau kerana boleh disahkan 100% Zizi Kirana ini masih lagi bujang. Jadi, tunggu apa lagi wahai lelaki-lelaki bujang sekalian.

Ayuh cepat-cepat, cepat .Jangan terlambat-lambat. Tak dapat. Nanti disebat…oleh yang lain….

Reply