no comments

BIAR BETUL??? MIA AHMAD ADA HUBUNGAN DENGAN AHMAD MASLAN? AYAHANDA KATANYA…

BIAR BETUL MIA AHMAD ADA HUBUNGAN DENGAN AHMAD MASLAN AYAHANDA KATANYA....png

BIAR BETUL??? MIA AHMAD ADA HUBUNGAN DENGAN AHMAD MASLAN? AYAHANDA KATANYA…

Pelik juga kenapa tiba-tiba Mia Ahmad yang popular dengan Drama Hati Perempuan dikaitkan dengan Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Sebelum itu, pastinya ramai yang sudah sedia maklum tentang bermacam-macam cerita yang sudah viral berkenaan Datuk Ahmad Maslan (masak sendiri). Timbalan Menteri kewangan tersebut sedang diulit dengan isu GST (Goods and Services Tax).

Jika sebelum ini kecoh dengan isu GST (Goods and Services Tax), beberapa hari ni heboh di Media Sosial mengatakan bahawa Mia Ahmad anak kepada Datuk Ahmad Maslan. Kekeliruan ini mungkin berpunca daripada Nama popular Mia Ahmad mungkin sinonim dengan Nama popular Ahmad Maslan. Nama penuh Mia Ahmad adalah Shamiha Bt. Ahmad Baderi dan bukannya Shamiha Bt Ahmad.

Tidak tahu kenapa peminat-peminat Mia Ahmad menulis komen sebegitu. Adakah ianya hanya sekadar gurauan? Atau mengusik berkaitan kisah GST?

Namun yang pasti komen sebegitu tidak sesuai memandangkan Datuk Ahmad Maslan adalah seorang Menteri yang menjalankan tanggungjawab beliau. Tempias ini mungkin akan menimbulkan salah sangka dikalangan peminat Mia Ahmad pula nanti.

Apapun komen para peminat pasti ada penjelasan tersendiri. Bukankah komen yang seringkas itu pun mampu menjadi viral? Betul tak. Haha…

Jadi.. bagi menyelesaikan kekeliruan ini, disini dikongsikan Biodata Mia Ahmad dan Datuk Ahmad Maslan. Harap anda dapat bezakan.

BIODATA MIA AHMAD

Mia Ahmad

● Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
● Nama Popular: Mia Ahmad
● Umur: 27 Tahun (2015)
● Asal: Taiping, Perak
● Twitter: https://twitter.com/miaahmad
● Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
● Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadblog
● Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
● Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
● Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

BIODATA AHMAD MASLAN

Ahmad Maslan

● Nama : Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
● Nama Popular : Ahmad Maslan
● Umur 48 Tahun (2015)
● Asal : Pontian, Johor
● Twitter : https://twitter.com/ahmadmaslan
● Facebook : https://www.facebook.com/ahmadmaslan
● Kerjaya : Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
● Pendidikan: – SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian
(1973-1978 menerima anugerah Tokoh Murid)
– SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
  1979-1983 Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri)
– Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
– Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)
– Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
– Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)

* Kata Ahmad Maslan, “Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zealand. MBA di UKM pelajar terbaik drpd 177. CGPA 3.85”.

Reply