no comments

Beza Gelaran Dato’ dan Datuk Yang Ramai Tidak Tahu

 

Beza Gelaran Dato’ Dan Datuk

Di Malaysia, banyak gelaran seperti Tan Sri, Datuk Seri, Dato’ Seri, Datuk dan Dato’ diberikan kepada seseorang yang berjasa kepada negara. Tidak kiralah apa jasanya kepada negara tetapi jika ianya layak mereka akan menerima gelaran ini.

Sudah pasti golongan yang ramai memiliki gelaran Dato’ dan Datuk ini adalah dalam kalangan ahli p0litik dan ahli perniagaan. Kerana mereka semua itu selalunya akan diberikan gelaran itu atas jasa dan pangkat yang diperolehi.

Tetapi tahukah anda apakah perbezaan antara gelaran Dato’ dan Datuk?

Berikut adalah penerangan mengenai perbezaan antara gelaran Dato’ dan Datuk.

Dato’

Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

Itu adalah sedikit sebanyak penerangan mengenai dua gelaran yang popular di Malaysia iaitu Dato’ dan Datuk. Adakah anda sudah tahu beza kedua-dua ini? Ayuh share artikel ini kepada saudara dan rakan-rakan anda supaya mereka mengetahui info yang tidak ramai orang tahu ini.

Reply